NARATIF KOMUNITI CINA TERHADAP PERKAHWINAN CAMPUR: ADAPTASI BAHASA DAN BUDAYA DI TERENGGANU
Keywords:
naratif, komuniti cina, perkahwinan campur, bahasa, budayaAbstract
Kajian ini meneliti fenomena perkahwinan campur antara komuniti Cina dan Melayu di Terengganu, dengan memberi tumpuan kepada proses adaptasi budaya dan agama dalam kalangan pasangan Cina yang memeluk agama Islam. Proses ini melibatkan pelbagai cabaran yang diharungi oleh mualaf seperti perbezaan adat resam, amalan agama, bahasa, dan gaya hidup. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes iaitu melibatkan enam peserta dari komuniti Cina yang telah berkahwin dengan komuniti Melayu di Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa melalui analisis naratif, kejayaan integrasi budaya informan dapat dilihat melalui penggunaan loghat Terengganu, penerimaan adat Melayu-Islam, dan sokongan sosial, walaupun pasangan Cina Muslim ini berdepan dengan cabaran stereotaip serta dilema budaya. Biarpun begitu, kerjasama antara NGO yang berkaitan seperti PERKIM dan MACMA juga penting dalam mempromosikan keharmonian beragama dan sosial dalam kalangan pasangan yang berkahwin campur ini.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-07-14
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Awang, A. (2025). NARATIF KOMUNITI CINA TERHADAP PERKAHWINAN CAMPUR: ADAPTASI BAHASA DAN BUDAYA DI TERENGGANU. Jurnal ’Ulwan, 10(1), 1-14. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1948
