ANALISIS MAKSUD ISTILAH AL-HIND DALAM KITAB MU‘JAM AL-BULDAN OLEH YAQUT AL-HAMAWI: KAJIAN TERHADAP HURUF AL-SIN HINGGA AL-SAD
Keywords:
al-Hind, Mu‘jam al-Buldan, identifikasi istilah, al-Sin hingga al-SadAbstract
al-Hind merupakan istilah Arab yang merujuk kepada nama tempat yang sering disebut dalam teks Arab. Sebagaimana banyak penulisan kontemporari yang membincangkan tentang keistimewaan al-Hind berdasarkan teks Arab sebagai kehebatan yang dicapai oleh Tamadun India dengan merujuk istilah tersebut semata-mata boleh menimbulkan salah faham. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengemukakan maksud istilah al-Hind dengan memberi fokus kepada bahagian huruf al-Sin hingga al-Sad berdasarkan kitab Mu‘jam al-Buldan oleh Yaqut al-Hamawi. Pengumpulan data dilakukan dengan menjalankan kajian kepustakaan dengan menggunakan sumber induk iaitu kitab Mu‘jam al-Buldan serta sumber-sumber lain yang berkaitan untuk perbahasan secara komprehensif. Kajian bermula dengan mengeluarkan nama-nama lokasi yang diklasifikasikan terletak dalam rantau al-Hind daripada senarai bahagian al-Sin hingga al-Sad dan diikuti dengan mengumpul maklumat latar belakang bagi setiap lokasi. Seterusnya, pendekatan analisis kandungan dipilih bagi mengolah data yang dikumpul. Hasilnya, kajian ini dapat mengenalpasti 10 nama tempat yang termasuk dalam rantau al-Hind; yang mana 7 daripadanya terletak di Asia Selatan, 3 di Semenanjung Tanah Melayu dan 1 di Indo-China. Analisis maksud al-Hind atau penamaan rantau India pada masyarakat Arab dahulu kala didapati meliputi Asia Selatan, Kepulauan Melayu dan Indo-China. Sehubungan dengan itu, kajian berpandangan bahawa adalah tidak wajar menganggap mana-mana karakteristik al-Hind dalam kitab klasik Arab hanya merujuk kepada Subbenua India tanpa penelitian terlebih dahulu. Walhal, maklumat terperinci boleh didapati dalam kitab-kitab klasik Arab yang ternyata sangat berguna untuk mendapat gambaran yang holistik tentang istilah tersebut.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-07-14
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Mohamad, R., & Ahmad, T. (2025). ANALISIS MAKSUD ISTILAH AL-HIND DALAM KITAB MU‘JAM AL-BULDAN OLEH YAQUT AL-HAMAWI: KAJIAN TERHADAP HURUF AL-SIN HINGGA AL-SAD. Jurnal ’Ulwan, 10(1), 15-27. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1953
