FIQH AL-WAQI’: TERAS REVOLUSI KETERANGAN FORENSIK DIGITAL DALAM MEMBENDUNG JENAYAH SYARIAH SIBER

Authors

  • Tuan Muhammad Faris Hamzi Tuan Ibrahim Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 81310 Skudai, Johor, Malaysia. dan; Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
  • Nasrul Hisyam Nor Muhamad Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 81310 Skudai, Johor, Malaysia.
  • Mohamad Aniq Aiman Alias Fakutli Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
  • Ahmad Syukran Baharuddin Fakutli Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Keywords:

fiqh al-waqi’, keterangan digital, kesalahan jenayah syariah, pembuktian, mahkamah syariah

Abstract

Fiqh al-Waqi’ adalah cabang penting dalam perundangan Islam yang menekankan keupayaan serta kebolehsuaian hukum syarak bagi menyesuaikan diri dengan cabaran semasa. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penerapan fiqh al-waqi’ dalam konteks kemampuan dan revolusi pembuktian jenayah syariah siber, khususnya melalui integrasi teknologi moden. Pendekatan ini bertujuan memastikan revolusi pembuktian kesalahan jenayah adalah relevan dan selaras dengan prinsip syarak. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui pendekatan dokumentari bagi metode pengumpulan data dan analisis kandungan bagi metode analisis data. Hasil kajian menunjukkan bahawa forensik digital berperanan penting dalam mengumpul, menganalisis, dan mengesahkan bukti elektronik secara saintifik dan sistematik melalui peralatan yang diiktiraf dunia. Teknologi ini memperkukuh ketepatan dan kebolehpercayaan bukti, sekali gus mengatasi kelemahan kaedah pembuktian tradisional dalam menghadapi jenayah siber. Dalam kerangka Syariah, tiga qawa’iid al-fiqhiyyah utama dikenalpasti sebagai asas dalam mengintegrasikan teknologi ini, iaitu La Yunkar Taghayyur al-Ahkam bi Taghayyur al-Azman wa al-Ahwal (hukum berubah mengikut zaman dan keadaan), Al-Dhararu Yuzal (kemudaratan mesti dihapuskan), dan Tasarruf al-Imam ‘ala al-Ra’iyyah Manutun bi al-Maslahah (tindakan pemimpin bergantung kepada maslahah). Akhir sekali, penulis mencadangkan agar penyelidikan masa depan memberi fokus kepada kajian keserasian pembuktian melalui teknologi baharu dengan standard Syariah. Langkah ini penting untuk menangani cabaran penyesuaian perundangan moden secara menyeluruh, sekali gus memperkukuhkan dinamisme prinsip-prinsip Islam dalam menghadapi perubahan realiti semasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-07-14

How to Cite

Tuan Ibrahim, T. M. F. H., Nor Muhamad, N. H., Alias, M. A. A., & Baharuddin, A. S. (2025). FIQH AL-WAQI’: TERAS REVOLUSI KETERANGAN FORENSIK DIGITAL DALAM MEMBENDUNG JENAYAH SYARIAH SIBER. Jurnal ’Ulwan, 10(1), 28-46. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1954