ANALISIS KONSEP SAMA’ DALAM TASAWUF DAN KEPENTINGANNYA DALAM PEMBINAAN SOSIOLOGI MASYARAKAT

Authors

  • Nazerul Razif Abdul Kadir Pondok Tampin, Kampung Pauh, 73000 Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia.
  • Mohd Shafiq Sahimi Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Persiaran Tun Dr. Ismail, 86400 Parit Raja, Johor, Malaysia.
  • Mohamad Faizal Abd Rahman Jabatan Usuluddin, Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Bukit Chandan, 33000 Bandar DiRaja, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia.

Keywords:

analisis, sama’, tasawuf, sosiologi, masyarakat

Abstract

Tarekat kesufian memberikan penekanan khusus kepada amalan zikir. Zikir merupakan amalan yang memberikan ketenangan dan menghidupkan hati bagi yang mengamalkannya. Amalan sama’ merupakan salah satu kaedah zikir yang terdapat padanya syair-syair, nasyid atau qasidah yang dialunkan dengan suara yang merdu dan rentak yang mengasyikkan. Namun begitu, terdapat polemik tentang pengamalan majlis sama’ yang dikatakan bertentangan dengan agama dan sebahagian pandangan menghukum haram secara mutlak. Justeru, makalah ini bertujuan untuk menganalisis konsep sama’ dalam tarekat kesufian melalui perbahasan para ulama tentang perkara tersebut dan kepentingannya dalam pembinaan sosiologi masyarakat. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dalam pengumpulan data. Seterusnya, data dianalisis menggunakan analisis tekstual dan komparatif khususnya dalam perbahasan ulama mengenai hukum pengamalan majlis sama’. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan pandangan berkaitan hukum majlis sama’ dari sudut keharusannya. Pengamalan majlis sama' diperbolehkan dengan syarat tidak bertentangan dengan syariat dan perlu dipatuhi beberapa adab-adab sepanjang majlis sama' dijalankan. Dalam pada itu, amalan sama’ mempunyai kepentingannya terhadap pembinaan sosiologi masyarakat yang menekankan pada penyucian jiwa yang bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT sekaligus membentuk masyarakat yang berlandaskan ketaatan kepadaNya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-07-14

How to Cite

Abdul Kadir, N. R., Sahimi, M. S., & Abd Rahman, M. F. (2025). ANALISIS KONSEP SAMA’ DALAM TASAWUF DAN KEPENTINGANNYA DALAM PEMBINAAN SOSIOLOGI MASYARAKAT. Jurnal ’Ulwan, 10(1), 60-75. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1956