PANDANGAN SYARAK BERKAITAN PEMALSUAN SIJIL VAKSIN
Keywords:
syarak, pemalsuan, sijil, vaksinAbstract
Malaysia digemparkan dengan peningkatan kes penipuan sijil vaksinasi palsu. Kegiatan tersebut terbongkar susulan serbuan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) yang menyebabkan seorang doktor klinik swasta berusia 51 tahun ditahan oleh pihak berkuasa pada 8 Januari 2022. Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sejak September 2021 selepas klinik berkenaan mendapat kebenaran mengendalikan suntikan vaksinasi secara berbayar. Dalam tempoh berkenaan, lebih 1900 sijil vaksinasi COVID-19 dengan kadar bayaran antara RM400 hingga RM600 dijual secara dalam talian. Majlis Perubatan Malaysia (MMA) menegaskan, pihaknya tidak membenarkan aktiviti sedemikian kerana boleh memusnahkan integriti profesion perubatan, lebih-lebih lagi jika menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan awam. Kes pemalsuan sijil vaksin masih belum ada yang dikesan berlaku di Negeri Sembilan. Oleh itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan boleh membuat ketetapan bagi menjelaskan hukum berkaitan kepada masyarakat agar jenayah ini dapat dibendung menerusi fatwa.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-07-14
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Osman, M. K. (2025). PANDANGAN SYARAK BERKAITAN PEMALSUAN SIJIL VAKSIN. Jurnal ’Ulwan, 10(1), 157-162. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1965
