INSTITUSI WAKAF PEMACU MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG)
Keywords:
wakaf, Matlamat Pembangunan Mampan, SDGAbstract
Ibadat wakaf memainkan peranan peranan penting dalam memenuhi kemaslahatan masyarakat muslim dari pelbagai bidang. Ia mencakupi perihal individu dan sosial, material dan kerohanian, serta dunia dan akhirat. Wakaf itu sendiri bersifat autonomi, mampan, fleksibel dan berkesinambungan membuktikan ia mampu membantu sesebuah pentadbiran Islam bagi mencapai pembangunan sosioekonomi untuk generasi masa kini dan akan datang. Jika ditelusuri dari sudut sejarah Islam hingga kini, sistem wakaf telah memaparkan pelbagai peringkat pembangunan yang merangkumi semua sektor sosioekonomi iaitu pendidikan, kebudayaan, penjagaan kesihatan, perumahan, makanan dan minuman, infrastruktur serta banyak lagi. Hal ini membuktikan bahawa sistem wakaf ini mempunyai potensi yang tinggi dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Penulisan ini bertujuan bagi mengkaji dan menjelaskan fungsi dan fleksibiliti wakaf serta keupayaannya untuk mencapai kemajuan seiring dengan SDG. Seterusnya mengkaji cabaran dan penyelesaian serta membentangkan satu cadangan dasar yang praktikal. Secara kesimpulannya, wakaf dapat berfungsi sebagai satu instrumen penting dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan di Malaysia seperti pembangunan komuniti mampan, pengurangan kemiskinan, pendidikan berkualiti, dan pemuliharaan alam sekitar. Oleh itu, penting untuk menggalakkan dan memantapkan lagi pelaksanaan wakaf di Malaysia dalam konteks SDG bagi memperkukuhkan kelestarian dan kesejahteraan negara.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-07-14
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Abdul Khalim, M., Wan Yusoff, W. Z., & Mohamad Malom, A. Z. (2025). INSTITUSI WAKAF PEMACU MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG). Jurnal ’Ulwan, 10(1), 266-273. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1975
