PRINSIP-PRINSIP PENDIDIKAN DAKWAH ISLAMIYAH MENERUSI SEJARAH NABI MUSA A.S. DALAM AL QURAN

Authors

  • Mikdar Rusdi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan BA2111, Brunei.
  • Mohd Azmi Omar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan BA2111, Brunei.
  • Norashibah Awang Besar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan BA2111, Brunei.
  • Norasimah Omar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan BA2111, Brunei.
  • Tiara Basman Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan BA2111, Brunei.

Keywords:

Nabi Musa A.S., dakwah, pendidikan

Abstract

Nabi Musa A.S. adalah merupakan salah satu dari rasul Ulul Azmi yang diutus ke muka bumi ini sebagai pilihan Tuhan. Oleh kerana memikul tanggunjawab berat dan mendapat ujian dari segala perjalanan kehidupannya maka sudah pasti sejarahnya akan menjadi tumpuan para pengkaji al-Quran dan sentuhan ayatnya boleh dijadikan sebagai rujukan dan pedoman dalam pengajaran dan pembelajaran sepanjang hayat, hal ini dapat ditadabburkan menerusi sejarahnya dalam al-Quran. Episode kisahnya disebut dalam al-Quran dengan nama 'Musa' sahaja dalam 136 ayat pada 34 surah yang berasingan, penyebutan sejarahnya dalam kitab suci al Quran sebagai inspirasi pendidikan dakwah islam masa kini. Di mana sejarahnya bermula dari kelahirannya kemudian ditempatkan di dalam istana Fir`aun hingga diutus untuk menyelamatkan kaum bani Israil dari penindasan dan kekejaman firaun, kemudian membawa bani Israil keluar dari Mesir bersama dengan saudaranya Nabi Harun A.S., diuji dengan umatnya kemudian menghancurkan patung anak lembu (al cIjl) sehingga kepada menerima kitab Taurah di bukit Tur Sina yang semuanya itu patut dijadikan kriteria dalam pendidikan dakwah pada zaman ini. Dalam kertas kerja ini akan merungkai nilai-nilai pendidikan dakwah Islam menerusi penyebutan kisah Nabi Musa a.s. dalam al Quran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-07-14

How to Cite

Rusdi, M., Omar, M. A., Awang Besar, N., Omar, N., & Basman, T. (2025). PRINSIP-PRINSIP PENDIDIKAN DAKWAH ISLAMIYAH MENERUSI SEJARAH NABI MUSA A.S. DALAM AL QURAN. Jurnal ’Ulwan, 10(1), 293-306. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1977