PSIKOLOGI DAKWAH SEBAGAI INTERVENSI PEMERKASAAN ELEMEN TADAYYUN GOLONGAN RENTAN

Authors

  • Intan Farhana Saparudin Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400, Parit Raja, Johor, Malaysia.
  • Salasiah Hanin Hamjah Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Marzhatul Syima Saad Galeri Ilmu SDN. BHD, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • Indah Fatmawati Institut Agama Islam Riyadlatul Mujahidin Ngabar, IAIRM Ponorogo - Jawa Timur, Indonesia,

Keywords:

psikologi dakwah, tadayyun, golongan rentan

Abstract

Psikologi dakwah memainkan peranan penting dalam memperkasakan elemen tadayyun golongan rentan. Golongan rentan sering menghadapi cabaran sosial, ekonomi, dan emosi akibat kekurangan yang dialami. Pendekatan ini menggabungkan prinsip-prinsip psikologi dan dakwah Islam untuk membantu individu membina daya tahan, meningkatkan kesejahteraan spiritual dan mengintegrasikan nilai-nilai agama dalam kehidupan seharian. Kertas kerja ini, menggunakan kaedah analisis dokumen, meneroka pelbagai strategi psikologi dakwah dalam memperkasakan tadayyun golongan rentan. Hasil analisis menunjukkan bahawa psikologi dakwah, melalui teknik tazkiyah al-nafs (pembersihan jiwa), dorongan dan motivasi dapat memperkukuhkan keyakinan diri dan meningkatkan penghayatan tadayyun kelompok rentan. Dapatan ini meneguhkan bahawa psikologi dakwah berpotensi memperkasakan elemen tadayyun golongan rentan melalui model yang menggabungkan aspek spiritual dan strategi daya tindak psikologi yang berkesan. Ini sekaligus menyediakan panduan praktikal kepada pendakwah, kaunselor, dan profesional lain dalam menyantuni golongan rentan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-07-14

How to Cite

Saparudin, I. F., Hamjah, S. H., Saad, M. S., & Fatmawati, I. (2025). PSIKOLOGI DAKWAH SEBAGAI INTERVENSI PEMERKASAAN ELEMEN TADAYYUN GOLONGAN RENTAN. Jurnal ’Ulwan, 10(1), 317-327. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1979