FENOMENA PEMERDAGANGAN WANITA DI MALAYSIA

Authors

  • Muhammad Amirul Abd Rahaman Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia.
  • Riki Rahman Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia.
  • S. Samsudin Faculty of Tarbiyah, Sunan Giri Islamic Institute Jl. Jendral A. Yani No. 08, Kebomas, Gresik, East Java 61124, Indonesia.

Keywords:

pemerdagangan, wanita, eksploitasi seksual, jenayah terancang, keselamatan insan

Abstract

Pemerdagangan wanita bagi tujuan eksploitasi seksual merupakan senario serius yang melanda dunia secara global. Sangat membimbangkan lebih-lebih lagi apabila sejarah telah meunjukkan bahawa pemerdagangan wanita telah berada di rantau Asia Tenggara berkurun lamanya. Di Malaysia, pemerdagangan wanita atas tujuan eskploitasi seksual telah lama berlaku semenjak zaman sebelum kemerdekaan dan sehingga kini, jenayah pemerdagangan masih lagi berlaku. Pemerdagangan wanita dilihat sebagai satu bentuk jenayah tercancang yang menakutkan serta turut melibatkan jaringan global yang sangat luas yang memberi ancaman terhadap keselamatan insan di Malaysia. Data dikumpul melalui analisis kepustakaan menggunakan enjin pencarian seperti Google Scholar dan Elsevier. Kaedah snowball atau bebola salji turut digunakan dengan menganalisis senarai rujukan daripada artikel-artikel yang diperoleh bagi mendapatkan artikel yang lebih banyak sebagai rujukan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji fenomena eksploitasi pemerdagangan wanita untuk mengenal pasti punca pemerdagangan wanita di Malaysia. Kajian ini diharap dapat membantu kerajaan dalam menangani jenayah pemerdagangan wanita bagi menjaga hak dan keselamatan mangsa seterusnya dapat meningkatkan keselamatan negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-26

How to Cite

Abd Rahaman, M. A., Rahman, R., & Samsudin, S. (2025). FENOMENA PEMERDAGANGAN WANITA DI MALAYSIA. Jurnal ’Ulwan, 10(1), 256-265. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1984