SERTU DALAM INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA: CABARAN DAN SOLUSI
Keywords:
sertu, industri halal, cabaranAbstract
Sertu dalam Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS) 2020 merupakan salah satu sub-komponen yang perlu diwujudkan dalam Sistem Jaminan Halal (HAS) bagi syarikat yang memohon persijilan halal Malaysia. Justeru itu, pengamal industri dalam setiap skim persijilan halal Malaysia akan merujuk kepada garis panduan sertu yang telah diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai panduan bagi melaksanakan proses sertu dalam industri. Namun, terdapat kelompongan yang menjadi persoalan bagi pihak industri dalam melaksanakan proses sertu jika berlaku percampuran dengan najis mughallazah. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis isu-isu yang timbul dalam industri halal di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengumpulkan data melalui analisis dokumen dan temu bual semi-struktur ke atas responden yang terdiri daripada wakil industri dan pegawai daripada Jabatan Agama Islam Negeri. Hasil kajian dirumuskan kepada lapan kategori isu. Kajian ini turut mencadangkan solusi yang dapat dijadikan sebagai rujukan oleh pihak berkuasa berwibawa agar tindakan seterusnya dapat dilaksanakan bagi memudahkan pihak perkhidmatan sertu dan masyarakat umum untuk mengamalkan proses sertu.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-06-26
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Wan Zahari, W. A. M., Mohd Yusof, U. A., Omar Jamli, N. A., & Husin, M. A. (2025). SERTU DALAM INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA: CABARAN DAN SOLUSI. Jurnal ’Ulwan, 10(1), 47-59. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1991
