INTEGRITI TERHADAP SANAD AL-QURAN: SATU PENELITIAN

Authors

  • Mohamad Redha Mohamad Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
  • Muhammad Firdaus Abdul Manaf Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia.
  • Muhammad Zaid Shamshul Kamar Jabatan Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor (UIS), 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Keywords:

Sanad, al-Quran, integriti, talaqqi, qurra

Abstract

Masyarakat Islam arus perdana di Malaysia mulai didedahkan dengan amali periwayatan sanad talaqqi dalam konteks pengajian al-Quran. Kini, banyak pihak berlumba-lumba untuk mendapatkan sanad talaqqi al-Quran. Sistem ini merupakan tradisi yang dititikberatkan oleh para qurra dan mulai tersebar di Malaysia. Al-Quran diwariskan kepada setiap generasi melalui kaedah talaqqi secara mushafahah. Ijazah sanad al-Quran yang masyhur di Malaysia adalah sanad talaqqi al-Quran 30 juzuk dan sanad talaqqi al-Fatihah. Namun, masyarakat Malaysia masih asing dan belum memahami secara mendalam berkenaan sanad talaqqi al-Quran. Situasi berlumba-lumba mendapatkan sanad talaqqi al-Quran telah menyebabkan sanad diijazahkan secara tasahul iaitu bermudah-mudah. Keinginan memperolehi sanad al-Quran mesti seiring dengan sikap integriti yang perlu dipatuhi. Justeru, kajian dilakukan untuk menganalisis berkaitan kriteria utama dalam menjaga integriti terhadap sanad al-Quran. Data-data kajian dikumpul secara analisis dokumen kepustakaan, manakala metode analisis data pula dilakukan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat lima kriteria utama dalam menjaga integriti terhadap sanad al-Quran. Kriteria-kriteria tersebut adalah mengetahui asas ilmu sanad al-Quran, memiliki saksi ketika diijazahkan sanad al-Quran, mengetahui susur galur sanad yang diperolehi, bersifat adil dan dabit, dan tidak bersikap tasahul atau shadid. Implikasi daripada dapatan kajian adalah mustahak untuk membimbing masyarakat membina kefahaman yang tepat terhadap pengijazahan sanad talaqqi al-Quran dan menjaga integriti.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-25

How to Cite

Mohamad, M. R., Abdul Manaf, M. F., & Shamshul Kamar, M. Z. (2025). INTEGRITI TERHADAP SANAD AL-QURAN: SATU PENELITIAN. Jurnal ’Ulwan, 10(1), 116-126. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1998