MAQASID AL-SUNNAH SEBAGAI KONSEP WASATIYYAH DAN SEIMBANG DALAM MEMAHAMI HADIS NABI SAW
Keywords:
maqasid al-sunnah, hadis, wasatiyyah, seimbangAbstract
Hadis Nabi SAW merupakan sumber utama hukum Islam selepas al-Quran. Ia perlu difahami dan diamalkan secara sederhana dan seimbang bagi kemaslahatan dan kesejahteraan umat manusia. Namun, pada hari ini ramai dalam kalangan umat Islam di Nusantara yang memahamkan hadis secara liberal dan melampau, serta terkeluar daripada kaedah yang ditetapkan para ulama. Artikel ini meggunakan metodologi analisis konten bagi membincangkan mengenai pemahaman dan aplikasi hadis melalui pendekatan konsep Maqasid al-Sunnah. Pendekatan memahamkan hadis Nabi SAW melalui Maqasid al-Sunnah sepertimana tujuan dan maksud hadis tersebut disampaikan kepada pendengar adalah bagi mendapatkan kefahaman wasatiyyah dan seimbang. Ianya dapat diketahui melalui kaedah dan kajian yang telah dijalankan oleh para ulama dalam bidang hadis, usul fiqh dan bidang lain. Antara kaedah tersebut adalah pendekatan memahami hadis melalui kaedah asbab al-wurud dan kontekstual serta penjelasan atau syarah hadis oleh ulama muktabar. Antara matlamat kaedah ini adalah agar sesuatu hadis boleh difahami dan diaplikasikan secara holistik, seimbang, sesuai keadaan zaman dan tempat, serta mudah diterima seluruh umat Islam. Dengan menggunakan pendekatan Maqasid al-Sunnah ini diharapkan pemahaman yang melampau, keras, liberal dan radikal boleh ditangani dan dikawal dengan baik sehingga membawa kepada kedamaian dan kesejahteraan seluruh umat manusia.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-06-26
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Masruri, M., Ismail, M., Husen Ismail, F., & Mokhtar, A. B. (2025). MAQASID AL-SUNNAH SEBAGAI KONSEP WASATIYYAH DAN SEIMBANG DALAM MEMAHAMI HADIS NABI SAW. Jurnal ’Ulwan, 10(1), 274-292. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/2004
