WUDUK SEBAGAI EKOTERAPI DALAM ISLAM: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF FIQH AL-HADITH
Keywords:
wudekoterapi, kesihatan mental, fiqh al-hadith, hadithAbstract
Pendekatan ekoterapi dalam kesihatan semakin mendapat perhatian dalam bidang perubatan moden, khususnya dalam meningkatkan kesejahteraan mental melalui interaksi dengan unsur alam semula jadi. Dalam Islam, konsep ini dapat dikaitkan dengan amalan ibadah tertentu yang melibatkan penggunaan elemen alam, seperti wuduk. Wuduk bukan sahaja berfungsi sebagai penyucian fizikal sebelum solat, tetapi juga memiliki dimensi spiritual dan psikologi yang signifikan. Kajian ini bertujuan untuk menilai wuduk sebagai bentuk ekoterapi dalam Islam dengan menganalisis hadith-hadith berkaitan berdasarkan perspektif fiqh al-hadith. Kajian ini menggunakan metodologi analisis kandungan dengan meneliti teks-teks hadith dalam kitab-kitab hadith utama serta penafsiran fuqaha’ mengenai kesan wuduk terhadap kesejahteraan spiritual dan emosi. Analisis tematik digunakan untuk mengenal pasti unsur-unsur terapi dalam wuduk, termasuk kesan air sebagai elemen penyucian dan ketenangan, serta bagaimana wuduk berperanan dalam mengurangkan tekanan dan kemarahan berdasarkan petunjuk Nabi SAW. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wuduk memiliki ciri-ciri ekoterapi, terutamanya dalam aspek penggunaan air sebagai instrumen terapi, ketenangan spiritual dan pemulihan kesejahteraan mental. Kajian ini mencadangkan bahawa wuduk bukan sekadar ritual ibadah tetapi juga satu bentuk terapi holistik berasaskan Islam yang boleh diaplikasikan dalam konteks rawatan kesihatan mental masyarakat Muslim. Kajian lanjutan disarankan untuk menilai secara lebih mendalam hubungan antara wuduk dan kesejahteraan psikologi melalui pendekatan empirikal, seperti kajian lapangan atau eksperimen terhadap kesan psikologi wuduk dalam situasi tekanan dan kebimbangan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-12-24
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Dzulraidi, D. H., Muhammad Noor, U., Ab Razak, M. S., & A. Malek, M. D. (2025). WUDUK SEBAGAI EKOTERAPI DALAM ISLAM: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF FIQH AL-HADITH. Jurnal ’Ulwan, 10(2), 18-32. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/2049
