KEPATUHAN SYARIAH DALAM INDUSTRI KOSMETIK HALAL: SATU ANALISIS KONSEPTUAL TERHADAP KEPRIHATINAN DAN PENGETAHUAN WANITA MUSLIM

Authors

  • Nur Bahirah Baharum Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, KM 8 Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang, Malaysia
  • Ruzita Manshor Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Universiti Teknologi MARA, UiTM Selangor Branch, Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Keywords:

kosmetik halal, wanita muslim, hukum, syariah

Abstract

Keprihatinan wanita Muslim terhadap kosmetik halal semakin meningkat seiring dengan kesedaran terhadap kepentingan pematuhan syariah dalam penggunaan produk kecantikan. Dalam era globalisasi dan peningkatan kesedaran terhadap kepatuhan syariah dan pemilihan produk kosmetik yang halal semakin mendapat perhatian khusus, terutama dalam kalangan pengguna wanita Muslim. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengetahuan wanita muslim terhadap kosmetik halal yang telah dijalankan oleh penyelidik yang lepas. Kajian ini juga menggunakan metod kualitatif melalui tinjauan literatur daripada kajian sebelum ini. Garis panduan kosmetik juga dibincangkan bagi mengetahui status halal dalam produk industri. Selain itu, kajian ini juga akan memperjelaskan penentuan hukum produk kosmetik menurut syariah. Oleh yang demikian, kajian ini membuktikan bahawa kosmetik diharuskan dalam Islam selagi mana bukan daripada unsur yang tidak halal dan memudaratkan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-24

How to Cite

Baharum, N. B., & Manshor, R. (2025). KEPATUHAN SYARIAH DALAM INDUSTRI KOSMETIK HALAL: SATU ANALISIS KONSEPTUAL TERHADAP KEPRIHATINAN DAN PENGETAHUAN WANITA MUSLIM. Jurnal ’Ulwan, 10(2), 33-43. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/2050