ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK PROGRAM LALUAN PANTAS (FAST TRACK)
Keywords:
bahasa Arab, program laluan pantas SPM, modul pengajaran dan pembelajaran, analisis keperluan, intervensi pedagogi, model ADDIE, pelajar tahfizAbstract
Kajian ini dijalankan bagi meneliti keperluan pembangunan modul khusus Bahasa Arab untuk pelajar program laluan pantas (Fast Track SPM) yang berhadapan dengan cabaran kognitif kerana perlu menguasai dua set kandungan serentak (Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima) dalam tempoh singkat sekitar 10 hingga 11 bulan. Tambahan pula, kebanyakan pelajar ini berasal daripada latar belakang sekolah tahfiz tanpa pendedahan formal terhadap matapelajaran Bahasa Arab, sekali gus menambahkan keperluan terhadap intervensi pedagogi yang bersesuaian. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap keperluan pelajar terhadap pembangunan modul pembelajaran Bahasa Arab yang bersifat praktikal, mudah difahami, serta menyokong penguasaan kosa kata, tatabahasa dan kemahiran komunikasi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan terhadap 251 orang responden daripada lima institusi yang menawarkan program Fast Track SPM. Pemilihan sampel dilakukan secara persampelan bertujuan manakala soal selidik digunakan sebagai instrumen. Data dianalisis secara deskriptif dengan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Pembangunan modul ini berpandukan Model ADDIE, namun perbincangan artikel difokuskan pada fasa analisis keperluan. Dapatan menunjukkan tahap keperluan yang sangat tinggi terhadap pembangunan modul Bahasa Arab, dengan 96.0% responden (241 orang) mengesahkan kepentingan modul yang ringkas, padat dan efektif, khususnya dari aspek panduan penulisan, penguasaan kosa kata dan penjelasan jawapan yang menyeluruh. Kajian ini menyimpulkan bahawa pembangunan modul khusus bukan sahaja dapat menjadi intervensi pedagogi signifikan untuk membantu pelajar laluan pantas menguasai Bahasa Arab dalam jangka masa terhad, bahkan berpotensi dijadikan model rujukan bagi pembangunan modul bahasa untuk kelompok pelajar lain yang mempunyai latar belakang khas, sekali gus mengisi jurang dalam literatur sedia ada.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-12-24
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Fadzil, N. A., Zainal Abidin, A., Wan Shahrudin, W. S., & Abdul Gani, M. Z. (2025). ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK PROGRAM LALUAN PANTAS (FAST TRACK). Jurnal ’Ulwan, 10(2), 44-55. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/2051
