TIKTOK SEBAGAI MEDIUM PENYEBARAN DAKWAH : ANALISIS DARI SUDUT PANDANG POSITIF DAN NEGATIF SERTA KESANNYA KEPADA MASYARAKAT PADA MASA KINI
Keywords:
media sosial, tiktok, dakwah digital, kebaikan dan keburukan, etika penyebaran dakwahAbstract
Kehadiran media sosial dalam kalangan masyarakat masa kini telah memacu perubahan besar dalam cara manusia berkomunikasi, memperoleh maklumat dan menjalani kehidupan harian. Media sosial kini menjadi alat penting dalam kehidupan seharian, termasuk sebagai medium penyebaran dakwah Islam. Seiring dengan perkembangan teknologi digital, terdapat pendakwah yang mengambil peluang menggunakan aplikasi media sosial seperti TikTok sebagai platform dakwah yang efektif. Tujuan artikel ini adalah untuk membincangkan kebaikan dan keburukan penggunaan aplikasi TikTok sebagai medium penyebaran dakwah Islam. Kajian ini dijalankan melalui kaedah pemerhatian terhadap kandungan dakwah yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan TikTok dalam penyebaran dakwah mempunyai kesan positif seperti menangkis tanggapan negatif masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam. Namun begitu, terdapat juga keburukan seperti potensi untuk memecah-belahkan masyarakat sekiranya mesej dakwah disampaikan tanpa hikmah dan sensitiviti. Justeru, adalah penting bagi para pendakwah untuk menggunakan media sosial secara beretika, berhemah dan berpandukan prinsip dakwah Islam agar tidak menimbulkan kekeliruan atau salah faham dalam kalangan masyarakat.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-12-24
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Khairuddin, M. Q., Wan Hassan, W. Z., & Alias, J. (2025). TIKTOK SEBAGAI MEDIUM PENYEBARAN DAKWAH : ANALISIS DARI SUDUT PANDANG POSITIF DAN NEGATIF SERTA KESANNYA KEPADA MASYARAKAT PADA MASA KINI. Jurnal ’Ulwan, 10(2), 1-17. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/2052
