KEDUDUKAN NAFKAH ORANG HILANG (AL-MAFQUD) SEMASA TEMPOH PENANTIAN DALAM ISLAM

Authors

  • Abd Shakor Borham Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Persiaran Tun Dr. Ismail, 86400 Parit Raja, Johor, Malaysia.
  • Nor Amira Abd Shakor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
  • Mohd Zamro Muda Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Keywords:

hak nafkah, jenis nafkah, nafkah isteri, nafkah anak, orang hilang

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan berkaitan kedudukan hak nafkah bagi keluarga (isteri, anak-anak, dan ibu bapa) apabila suami selaku pencari nafkah hilang dalam tempoh yang lama, atau dikenali sebagai al-mafqud. Persoalan utama ialah bagaimana status nafkah tersebut dan bolehkah harta orang hilang itu digunakan untuk menyara tanggungan sepanjang tempoh kehilangan sehingga statusnya disahkan sama ada ditemui semula atau diberi anggapan mati. Penulisan ini akan merungkai persoalan tentang status nafkah ke atas orang hilang sepanjang tempoh kehilangan dan kedudukan harta tersebut bagi menyara tanggungannya semasa tempoh penantian dalam Islam. Perbincangannya akan melibatkan pandangan ulama berkaitan kewajipan memberikan nafkah ke atas orang hilang atau al-mafqud serta mengkaji pihak yang bertanggungjawab menguruskan nafkah al-mafqud sepanjang tempoh penantiannya. Analisis dalam penulisan ini melibatkan dua keadaan al-mafqud iaitu al-mafqud sebagai orang yang menanggung nafkah dan al-mafqud sebagai orang yang ditanggung hak nafkah. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan menganalisis sumber-sumber primer dan sekunder seperti kitab dan artikel ilmiah untuk memahami pandangan ulama dan pihak yang bertanggungjawab dalam urusan nafkah al-mafqud. Berdasarkan perbincangan kertas kerja ini merumuskan bahawa kedudukan nafkah oleh suami selaku orang hilang al-mafqud adalah wajib dilaksanakan sepanjang tempoh kehilangannya dan kewajipan pemberian nafkah ini hanya kepada isteri dan anak-anak. Hasil penulisan ini diharapkan akan dapat memberikan panduan kepada ahli keluarga yang terlibat dalam isu al-mafqud mengenai hak nafkah dan pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakannya sepanjang tempoh penantian.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-24

How to Cite

Borham, A. S., Abd Shakor, N. A., & Muda, M. Z. (2025). KEDUDUKAN NAFKAH ORANG HILANG (AL-MAFQUD) SEMASA TEMPOH PENANTIAN DALAM ISLAM. Jurnal ’Ulwan, 10(2), 83-96. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/2055