HUBUNGAN DI ANTARA KECEKALAN PELAJAR TAHUN AKHIR DENGAN BERKEMBANG MAJU DARI ASPEK PSIKOLOGI TERHADAP KEBOLEHPASARAN PELAJAR TVET
Keywords:
kecekalan, TVET, psikologi, pelajarAbstract
Kebolehpasaran graduan merupakan isu kritikal dalam landskap pendidikan tinggi dan pasaran kerja semasa, khususnya dalam kalangan pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Selain faktor kemahiran teknikal, aspek psikologi positif semakin diiktiraf sebagai penentu kejayaan graduan dalam menyesuaikan diri dengan cabaran dunia pekerjaan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan antara kecekalan pelajar tahun akhir dengan berkembang maju dari aspek psikologi dalam konteks kebolehpasaran graduan. Kecekalan merujuk kepada ketekunan dan usaha berterusan dalam mencapai matlamat jangka panjang, manakala berkembang maju menggambarkan tahap kesejahteraan psikologi yang tinggi merangkumi makna hidup, fungsi kendiri optimum dan pencapaian peribadi.Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan korelasional. Seramai 62 orang pelajar tahun akhir terlibat sebagai responden kajian, selaras dengan penentuan saiz sampel Tabachnick dan Fidell. Instrumen Grit Short Scale digunakan bagi mengukur kecekalan, manakala The Flourishing Scale digunakan untuk mengukur berkembang maju. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) melibatkan ujian normaliti, kebolehpercayaan dan analisis korelasi Pearson.Keputusan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua pemboleh ubah memenuhi andaian normaliti dan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Analisis korelasi mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan antara kecekalan dan berkembang maju (r = 0.515, p < 0.01), menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai tahap kecekalan yang tinggi cenderung untuk mencapai tahap kesejahteraan psikologi yang lebih baik. Dapatan ini mengesahkan peranan kecekalan sebagai faktor psikologi penting dalam menyokong perkembangan kendiri dan kebolehpasaran graduan. Secara keseluruhannya, kajian ini menyumbang kepada pengayaan literatur psikologi positif dan pendidikan TVET serta memberi implikasi praktikal kepada institusi pengajian tinggi dalam merangka intervensi pembangunan pelajar yang lebih holistik.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-12-24
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Mokhtar, M. Y. O., Kamarul Arifain, S. M., Mohd Esa, M., & Shariff, M. I. A. (2025). HUBUNGAN DI ANTARA KECEKALAN PELAJAR TAHUN AKHIR DENGAN BERKEMBANG MAJU DARI ASPEK PSIKOLOGI TERHADAP KEBOLEHPASARAN PELAJAR TVET. Jurnal ’Ulwan, 10(2), 168-177. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/2062
