KESAN PINJAMAN TERHADAP KEHIDUPAN INDIVIDU DI MALAYSIA

Authors

  • Mohd Azam Yahya Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Islam Melaka, Batu 28, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia.
  • Shahrul Hilmi Othman Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Islam Melaka, Batu 28, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia.
  • Suhaimi Abu Hassan Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Islam Melaka, Batu 28, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia.
  • Noor Jeffri Abd Wahab Fakulti Perniagaan, Hospitaliti dan Teknologi, Universiti Islam Melaka, Batu 28, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia.
  • Hana Duerama Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Islam Melaka, Batu 28, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia.

Keywords:

pinjaman peribadi, hutang isi rumah, kesejahteraan individu

Abstract

Artikel ini membincangkan kesan pinjaman terhadap kehidupan individu di Malaysia daripada perspektif ekonomi dan sosial serta selari dengan pandangan Islam. Kajian ini bertujuan meneliti kesan baik dan kesan tidak baik amalan pinjaman, khususnya pinjaman peribadi, terhadap kehidupan individu dan penjawat awam. Metodologi kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif melalui analisis kepustakaan dengan merujuk sumber-sumber berautoriti seperti laporan rasmi, akhbar dan bahan ilmiah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pinjaman mampu memberi manfaat seperti penyusunan semula kewangan, pemilikan aset dan peluang perniagaan. Namun, pinjaman yang tidak diurus dengan baik boleh membawa kepada kebankrapan, tekanan hidup, kemerosotan prestasi kerja, masalah kesihatan dan keruntuhan institusi keluarga. Oleh itu, pengurusan hutang secara berhemah amat penting demi kesejahteraan individu dan kestabilan ekonomi negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-24

How to Cite

Yahya, M. A., Othman, S. H., Abu Hassan, S., Abd Wahab, N. J., & Duerama, H. (2025). KESAN PINJAMAN TERHADAP KEHIDUPAN INDIVIDU DI MALAYSIA. Jurnal ’Ulwan, 10(2), 215-226. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/2066