IMPAK FILEM MENTEGA TERBANG DAN CABARAN DALAM PENDEKATAN DAKWAH: KAJIAN KEFAHAMAN TERHADAP MAHASISWA FAKULTI KEILMUAN ISLAM, UNIVERSITI MELAKA
Keywords:
filem dakwah, akidah umat islam, patuh syariah, mesej dakwahAbstract
Filem mempunyai pengaruh yang kuat dan mampu mencorakkan tingkah laku orang ramai. Keistimewaan ini menyebabkan filem amat berguna dalam menyampaikan mesej dakwah Islam terutamanya dalam kalangan mahasiswa/i Institut Pengajian Tinggi (IPT). Namun di Malaysia kita ketandusan dalam menghasilkan filem Islam kerana tiada kerjasama di antara penggiat filem dan golongan agamawan serta tiada satu piawaian patuh syariah yang perlu diikuti oleh mana-mana penggiat filem dalam menghasilkan filem Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti impak Filem Mentega Terbang dan cabaran dalam pendekatan dakwah serta ianya satu kajian kefahaman terhadap mahasiswa Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Melaka. Bagi mengenalpasti impak filem yang menggugat akidah umat Islam hari ini adalah, kajian menganalisis filem Mentega Terbang yang boleh ditanggapi sebagai filem yang meruntuhkan akidah. Kajian ini menggunakan metode kuantitatif. Borang soal selidik dibuat dan diedarkan melalui secara atas talian ‘Google Form’ kepada mahasiswa/i Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Melaka. Kemudian, segala data yang diperolehi daripada sampel akan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kekerapan dan peratusan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa sampel dapat mengenalpasti impak dan cabaran yang dihadapi dalam masyarakat masa kini terhadap keruntuhan akidah yang disebabkan oleh filem yang bercanggah dengan syariat Islam. Kesimpulannya, dalam pembuatan filem yang berunsurkan perbandingan agama dan juga akidah umat Islam mestilah terlebih dahulu mendapatkan pandangan daripada pihak yang bertanggungjawab dalam menangani isu agama ini seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Semua perkara ini perlu dibatasi agar mampu memberi impak yang baik kepada penonton dan dapat menjadi contoh serta teladan kepada generasi yang akan datang.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-12-24
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Sabtu, M., Nordin, M. N., Abdullah, A. A., Mohd Sharif, M. N., & Mohamad Farliza, N. F. A. (2025). IMPAK FILEM MENTEGA TERBANG DAN CABARAN DALAM PENDEKATAN DAKWAH: KAJIAN KEFAHAMAN TERHADAP MAHASISWA FAKULTI KEILMUAN ISLAM, UNIVERSITI MELAKA. Jurnal ’Ulwan, 10(2), 227-237. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/2067
