ZAKAT DAN PERANANNYA DALAM MERANCAKKAN INDUSTRI KESIHATAN NEGARA

Authors

  • Mohd Izzuddin Mohd Noor Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Islam Melaka, Batu 28, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia.

Keywords:

zakat, industri, kesihatan

Abstract

Zakat merupakan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Ianya merupakan amalan yang dapat membantu mereka yang dalam keadaan susah untuk keluar daripada kesukaran hidup. Dalam masa yang sama, ianya juga dapat membangunkan ekonomi Umat Islam secara komprehensif dan tuntas. Salah satu daripada tujahan tersebut ialah industri kesihatan negara. Kajian ini berbentuk kualitatif dan pengkaji mengumpulkan maklumat berkenaan zakat, asnaf dan tafsiran berkaitan dengan asnaf zakat tertentu daripada kitab-kitab fiqh turath dan kotemporari, dan juga mendapatkan bahan rujukan daripada kajian, artikel ilmiah, fatwa semasa serta keratan akhbar yang berkaitan dengan perkara tersebut. Pendapat-pendapat ulama terdahulu dan moden dibuat perbandingan, dan digabung jalinkan serta disepadukan. Ianya untuk meninjau dan melihat sejauh mana pelaksanaan zakat mampu merancakkan industri kesihatan negera sama ada untuk jangka masa yang pendek mahupun panjang bagi mendapatkan kesimpulan yang tepat juga berkenaan dengan peranan zakat dalam membantu memajukan industri kesihatan negara. Kajian menunjukkan bahawa zakat merupakan salah satu daripada medium yang boleh dimanfaat dalam merancakkan industri kesihatan negara demi kemaslahatan asnaf mahupun Umat Islam secara umumnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-24

How to Cite

Mohd Noor, M. I. (2025). ZAKAT DAN PERANANNYA DALAM MERANCAKKAN INDUSTRI KESIHATAN NEGARA. Jurnal ’Ulwan, 10(2), 290-301. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/2076