PEMIKIRAN AJARAN WAHDAH AL-WUJUD: SUATU KAJIAN EPISTEMOLOGI ISTILAH MENURUT PERSPEKTIF AHLI SUFI
Keywords:
Wahdah al-wujud, epistemologi, tasawuf, shudud, Ibn Arabi, ulama MelayuAbstract
Kajian ini membincangkan epistemologi istilah wahdah al-wujud melalui analisis komparatif terhadap definisi dan kefahaman para tokoh sufi klasik dan Nusantara. Konsep wahdah al-wujud merupakan salah satu terma paling signifikan dalam tradisi metafizik Islam dan sering disalah tafsirkan sebagai suatu fahaman hulul, ittihad atau panteisme. Melalui pendekatan kajian kualitatif berbentuk analisis teks, kajian ini menelusuri asas etimologi perkataan wahdah dan al-wujud seterusnya menghimpunkan pelbagai definisi yang dikemukakan oleh tokoh seperti Ibn Arabi, al-Qunawi, al-Jili, Dhu al-Nun al-Misri, al-Junayd, al-Hallaj, al-Bustami serta beberapa ulama Melayu seperti Muhammad Nafis al-Banjari, Daud al-Fatani dan Abdul Rahman Siddiq al-Banjari. Kajian mendapati bahawa epistemologi istilah ini berpusat pada tiga elemen utama: (i) hakikat wujud sebagai nisbah metafizik antara al-haqq dan alam, (ii) penyaksian (al-shudud) sebagai asas makrifah dan (iii) proses peleraian ego spiritual melalui fana dan baqa. Selain itu, kajian merumuskan bahawa istilah-istilah seperti al-haqiqah, al-ihsan, al-mushahadah dan khawas al-khawas berfungsi sebagai sinonim konseptual kepada wahdah al-wujud dengan nuansa semantik tertentu. Dapatan ini menunjukkan bahawa pemikiran wahdah al-wujud bukanlah suatu doktrin keserupaan atau kesatuan wujud secara literal, tetapi merupakan kerangka epistemologi kerohanian yang menegaskan tauhid secara mendalam melalui jalan penyaksian batin. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih tepat dan seimbang terhadap istilah metafizik sufi, seterusnya memperbetulkan salah tafsir yang berlaku dalam wacana kontemporari.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-12-24
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Mat Jusoh, M. Z., Saari, C. Z., & Zainal Abidin, A. (2025). PEMIKIRAN AJARAN WAHDAH AL-WUJUD: SUATU KAJIAN EPISTEMOLOGI ISTILAH MENURUT PERSPEKTIF AHLI SUFI. Jurnal ’Ulwan, 10(2), 108-124. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/2082
