TEKNOLOGI ALAM SEKITAR DAN TENAGA BERTERASKAN NILAI: SATU NARATIF DARI DIMENSI SAINTIFIK, PENDIDIKAN DAN ETIKA ISLAM

Authors

  • Mardiana Idayu Ahmad Universiti Sains Malaysia
  • Nor Wardah Mohamad Senusi Universiti Sains Malaysia
  • Mohammad Aliff Shakir Universiti Sains Malaysia
  • Abdul Khalil H.P.S. Universiti Islam Melaka
  • Mohd Shukri Hanapi Universiti Sains Malaysia

Keywords:

teknologi alam sekitar, tenaga lestari, pendidikan, etika Islam

Abstract

Teknologi alam sekitar dan tenaga memainkan peranan penting dalam menangani cabaran kelestarian semasa, khususnya yang berkaitan dengan perubahan iklim, penyusutan sumber dan degradasi alam sekitar. Makalah ini membentangkan satu tinjauan integratif yang menghuraikan teknologi tersebut dari tiga dimensi utama: saintifik, pendidikan dan etika Islam. Dari dimensi saintifik, makalah ini menyoroti kemajuan dalam sistem tenaga boleh diperbaharui, bahan lestari, teknologi pintar dan inovasi perlindungan alam sekitar yang menyokong peralihan global ke arah pembangunan rendah karbon. Dimensi pendidikan pula menekankan kepentingan literasi kelestarian, integrasi STEM dan pembelajaran berasaskan pengalaman dalam memperkasa pelajar memahami implikasi teknologi serta mengamalkan tindakan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Sementara itu, dimensi etika Islam menyediakan kerangka nilai berasaskan prinsip al-khalifah (tanggungjawab penjagaan bumi), al-mizan (keseimbangan), al-wasatiyyah (kesederhanaan) dan larangan al-israf (pembaziran), yang membimbing penggunaan teknologi secara beradab, adil dan lestari. Secara keseluruhannya, tinjauan ini menunjukkan bahawa penyelesaian terhadap isu alam sekitar dan tenaga tidak dapat bergantung kepada kemajuan saintifik semata-mata. Keberkesanannya memerlukan sokongan pendidikan yang membentuk kesedaran serta kompetensi pengguna, di samping prinsip etika Islam yang memastikan teknologi dimanfaatkan dengan penuh tanggungjawab dan berorientasikan kemaslahatan. Integrasi ketiga-tiga dimensi ini menyediakan asas holistik untuk membangunkan amalan teknologi yang mapan serta membina komuniti yang mampu memelihara bumi demi generasi akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Mardiana Idayu Ahmad, Universiti Sains Malaysia
    Pusat Pengajian Teknologi Industri
  • Nor Wardah Mohamad Senusi, Universiti Sains Malaysia
    Pusat Pengajian Teknologi Industri
  • Mohammad Aliff Shakir, Universiti Sains Malaysia
    Pusat Pengajian Teknologi Industri
  • Abdul Khalil H.P.S., Universiti Islam Melaka
    Fakulti Perniagaan, Hospitaliti dan Teknologi
  • Mohd Shukri Hanapi, Universiti Sains Malaysia
    Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam

Downloads

Published

2025-12-23

How to Cite

Ahmad, M. I., Mohamad Senusi, N. W., Shakir, M. A., H.P.S., A. K., & Hanapi, M. S. (2025). TEKNOLOGI ALAM SEKITAR DAN TENAGA BERTERASKAN NILAI: SATU NARATIF DARI DIMENSI SAINTIFIK, PENDIDIKAN DAN ETIKA ISLAM. Jurnal ’Ulwan, 10(2), 251-276. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/2086