PENANDA ARAS DALAM PENENTUAN KADAR GAJI PENJAWAT AWAM MENURUT ISLAM
Keywords:
kadar gaji, penjawat awam, fiqhAbstract
Perkhidmatan awam merupakan tunjang utama pentadbiran negara dan memainkan peranan penting dalam menjayakan pembangunan serta kesejahteraan masyarakat. Penetapan kadar gaji dan upah penjawat awam bukan sahaja melibatkan pertimbangan ekonomi dan pentadbiran, malah turut berkait rapat dengan prinsip keadilan, kebajikan dan integriti sebagaimana yang ditekankan dalam Islam. Artikel ini bertujuan menganalisis penetapan kadar gaji dan upah penjawat awam di Malaysia dengan merujuk kepada kerangka perundangan sedia ada serta perspektif Islam berasaskan al-Quran, al-Sunnah dan ijmak ulama. Perbincangan meliputi struktur perkhidmatan awam, pengenalan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kedudukan pendapatan penjawat awam dalam konteks sosioekonomi negara, serta prinsip-prinsip asas penentuan gaji dan upah menurut syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen terhadap peruntukan perlembagaan, pekeliling perkhidmatan, laporan rasmi kerajaan dan sumber-sumber fiqh Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan penetapan gaji penjawat awam di Malaysia secara umumnya selari dengan prinsip Islam, khususnya dari aspek keadilan, kecukupan sara hidup, ketelusan kadar upah dan tanggungjawab majikan terhadap pekerja. Kesimpulannya, pelaksanaan sistem saraan penjawat awam oleh Kerajaan Malaysia menepati tuntutan syariah dan menyumbang kepada kestabilan ekonomi serta kesejahteraan penjawat awam secara menyeluruh.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-12-23
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Ramli, S. Z., Yahya, M. A., Jakaria, N. A., Omar, M. N., & Samri, N. (2025). PENANDA ARAS DALAM PENENTUAN KADAR GAJI PENJAWAT AWAM MENURUT ISLAM. Jurnal ’Ulwan, 10(2), 178-189. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/2090
