METODOLOGI DAKWAH BERDASARKAN SURAH AL-NAHL AYAT 125: ANALISIS KAEDAH HIKMAH TERHADAP GOLONGAN MUSTAD AFIN

Authors

  • Mohamad Nazli Omar Universiti Islam Melaka

Keywords:

Metodologi dakwah, hikmah, Surah al-Nahl, 25, mustad afin, dakwah Islam

Abstract

Dakwah Islam merupakan satu proses penyampaian risalah Ilahi yang menuntut kebijaksanaan, kefahaman konteks dan pendekatan yang sesuai dengan realiti sasaran dakwah. Surah al-Nahl ayat 125 menjadi asas metodologi dakwah Islam dengan menggariskan tiga pendekatan utama iaitu hikmah, mawizah hasanah dan mujadalah billati hiya ahsan. Artikel ini memfokuskan kepada analisis kaedah hikmah dalam konteks dakwah terhadap golongan mustad afin, iaitu kelompok masyarakat yang berada dalam keadaan lemah dan tertindas dari sudut ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis teks al-Quran, tafsir klasik dan kontemporari serta kajian literatur berkaitan metodologi dakwah dan keadilan sosial dalam Islam. Dapatan awal kajian menunjukkan bahawa kaedah hikmah menuntut pendakwah memahami struktur penindasan yang dihadapi oleh golongan ini, mengutamakan pendekatan empati dan keadilan, serta menyampaikan mesej Islam secara berperingkat dan realistik. Pendekatan ini selari dengan prinsip rahmatan lil alamin dan mawasid syariah dalam memelihara maruah serta kesejahteraan manusia.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Mohamad Nazli Omar, Universiti Islam Melaka
    Fakulti Keilmuan Islam

Downloads

Published

2025-12-24

How to Cite

Omar, M. N. (2025). METODOLOGI DAKWAH BERDASARKAN SURAH AL-NAHL AYAT 125: ANALISIS KAEDAH HIKMAH TERHADAP GOLONGAN MUSTAD AFIN. Jurnal ’Ulwan, 10(2), 277-289. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/2105