NILAI TADBIR URUS DALAM MANUSKRIP KANUN SYARAK KERAJAAN ACEH (1507M): KAJIAN FILOLOGI DAN ANALISIS TEMATIK

Authors

  • Anwar Muttaqin Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ruzita Khamis Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Kajian ini meneliti nilai tadbir urus Islam yang terkandung dalam manuskrip Kanun Syarak Kerajaan Aceh yang ditulis pada tahun 1507 Masihi oleh Syeikh Tengku Syeikh Haq Jansir Khatib al-Asyi. Manuskrip ini merupakan di antara rujukan penting dalam memahami struktur pemerintahan berasaskan syariah Islam dalam Kerajaan Aceh Darussalam. Warisan manuskrip Melayu khususnya yang berkaitan dengan sistem tadbir urus Islam tidak diberi perhatian sewajarnya dan berisiko untuk terus dilupakan, sedangkan kandungannya mengandungi prinsip pentadbiran yang relevan dan menyeluruh. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek-aspek utama tadbir urus kenegaraan dalam manuskrip tersebut berdasarkan pendekatan filologi dan analisis tematik. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan memberi tumpuan kepada analisis teks sumber primer. Kaedah filologi digunakan untuk melakukan transliterasi, perbandingan dan penyuntingan teks. Manakala pendekatan tematik digunakan untuk mengenal pasti nilai-nilai tadbir urus yang digariskan dalam fasal ke 12 sahaja daripada keseluruhan fasa yang ada. Hasil kajian mendapati bahawa Kanun Syarak Kerajaan Aceh menampilkan sistem pemerintahan yang teratur dan berpaksikan prinsip Islam termasuk syarat pelantikan pemimpin, etika pentadbiran serta peranan sultan dalam menjaga keadilan, agama dan kebajikan rakyat. Kajian ini menyumbang kepada pelestarian khazanah keilmuan Melayu-Islam serta memperkukuh pemahaman terhadap model tadbir urus berasaskan syariah yang boleh dijadikan asas rujukan dalam wacana pentadbiran Islam kontemporari.

 

Kata kunci: manuskrip, alam Melayu, tadbir urus, Aceh

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Anwar Muttaqin, Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam,

    Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,

    43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

  • Ruzita Khamis, Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Perpustakaan Tun Sri Lanang,

    Universiti Kebangsaan Malaysia,

    43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Downloads

Published

2026-04-13

How to Cite

Muttaqin, A., & Khamis, R. (2026). NILAI TADBIR URUS DALAM MANUSKRIP KANUN SYARAK KERAJAAN ACEH (1507M): KAJIAN FILOLOGI DAN ANALISIS TEMATIK. Jurnal ’Ulwan, 11(1), 1-12. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/2178