DIMENSI TADBIR URUS EKONOMI UTHMANIYYAH DALAM PEMODENAN MAHMUD II (1808-1839)

Authors

  • Ezad Azraai Jamsari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Muhamad Zharif Baharudin Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Anwar Muttaqin Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Wan Kamal Mujani Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Roslan Mohd Nor Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  • Ammalina Dalillah Mohd Isa Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Adibah Sulaiman Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia

Abstract

Kemerosotan kuasa politik, ekonomi dan ketenteraan Kerajaan Uthmaniyyah menjelang awal abad ke-19M mencetuskan keperluan mendesak untuk melakukan reformasi menyeluruh, khususnya dari aspek pentadbiran fiskal dan ekonomi. Sungguhpun era Tanzimat sering dianggap sebagai permulaan pemodenan institusi Uthmaniyyah, penulisan ini berpandangan zaman pemerintahan Mahmud II (1808-1839) telah lebih awal menandakan satu perubahan paradigma dalam pengurusan ekonomi Uthmaniyyah yang lebih rasional, berpusat dan berteraskan prinsip tatakelola moden. Kupasan penulisan ini berpusat pada persoalan sejauh mana reformasi Mahmud II mampu merombak struktur ekonomi feudal yang telah berakar dan membina asas institusi fiskal moden, meskipun berdepan dengan tentangan konservatif daripada golongan elit birokrat, ulama dan juga kalangan ketenteraan tradisional. Objektif penulisan ini adalah untuk menganalisis dasar-dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh Mahmud II serta menilai keberkesanan dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Penulisan ini bersifat kajian kualitatif dengan pengaplikasian reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Kajian ini menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data dengan memfokuskan pada beberapa sumber yang meyakinkan. Manakala bagi kaedah analisis data, kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif menerusi analisis kritikan dalaman dan kritikan luaran terhadap dokumen dan teks sejarah yang relevan. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa Mahmud II telah melaksanakan pelbagai pembaharuan ekonomi seperti penghapusan sistem timar, penubuhan Maliye Nezâreti, Dar-ı Şura-yı Bâb-ı Askerî, pembinaan sistem cukai moden serta penyusunan institusi perbendaharaan dan perdagangan yang lebih sistematik. Pembaharuan ini turut membuka jalan kepada pembentukan sebuah pemerintahan yang berdaulat dan berdaya saing dalam menghadapi tekanan kuasa-kuasa Eropah dan pasaran perdagangan antarabangsa. Penulisan ini menyimpulkan keperluan untuk menilai semula peranan Mahmud II sebagai pelakar awal kerajaan moden di dunia Islam. Kajian lanjutan disarankan untuk meneliti kesan mikro reformasi ini terhadap masyarakat di pedalaman serta membandingkan model pemodenan fiskal Uthmaniyyah dengan pemerintahan Islam lain pada abad ke-19M.

 

Kata kunci: sejarah ekonomi Uthmaniyyah, Mahmud II, reformasi tadbir urus, tadbir urus fiskal

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-04-13

How to Cite

Jamsari, E. A., Baharudin, M. Z., Muttaqin, A., Mujani, W. K., Mohd Nor, M. R., Mohd Isa, A. D., & Sulaiman, A. (2026). DIMENSI TADBIR URUS EKONOMI UTHMANIYYAH DALAM PEMODENAN MAHMUD II (1808-1839). Jurnal ’Ulwan, 11(1), 13-32. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/2179