REINTERPRETASI MADAIH NABAWIYYAH : ANALISIS SEMIOTIK ROLAND BARTHES TERHADAP LAGU THE CHOSEN ONE MAHER ZAIN

Authors

  • Mashaeil Mansor Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Firuz Akhtar Lubis Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Fenomena beralih daripada qasidah tradisional kepada muzik pop Islamik kontemporari menandakan satu transformasi penting dalam cara umat Islam menzahirkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW. Lagu The Chosen One oleh Maher Zain adalah contoh jelas reinterpretasi semula Madaih Nabawiyyah dalam era globalisasi apabila medium muzik moden digunakan untuk menyampaikan mesej kerohanian dengan cara yang lebih universal dan mudah dicapai. Penulisan ini bertujuan untuk mengkaji kesinambungan tradisi Madaih Nabawiyyah dalam lagu tersebut khususnya aspek pujian terhadap akhlak, cahaya kenabian, dan kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai insan pilihan, serta bagaimana unsur-unsur tersebut disesuaikan dengan konteks budaya global semasa. Pendekatan analisis semiotik Roland Barthes diterapkan, dengan penekanan pada peringkat denotasi, konotasi, mitos, serta kod budaya dan penanda petanda. Data diperoleh melalui analisis lirik dengan penerapan teori semiotik Barthes, terjemahan, dan perbandingan dengan sumber klasik dan moden berkaitan madaih nabawiyyah. Hasil dapatan menunjukkan walaupun menggunakan medium muzik popular dalam bahasa Inggeris, lagu ini mengekalkan ciri-ciri utama madaih, iaitu pujian terhadap akhlak, zuhud, cahaya rohani, dan seruan selawat. Pada peringkat denotasi, lirik menggambarkan keperibadian Baginda, pada peringkat konotasi, beliau mempersembahkan simbol bimbingan, sebagai rahmat dan nur Muhammad SAW. Manakala di peringkat mitos pula, beliau mengukuhkan naratif Nabi sebagai al-Mustafa dan teladan universal. The Chosen One berperanan bukan sahaja sebagai hiburan, tetapi juga medium pendidikan rohani yang menghubungkan tradisi madaih klasik dengan ekspresi Islam kontemporari dalam arus globalisasi.

 

Kata kunci: Qasidah, Madaih Nabawiyyah, Roland Barthes, The Chosen One, semiotik

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-04-13

How to Cite

Mansor, M., & Lubis, F. A. (2026). REINTERPRETASI MADAIH NABAWIYYAH : ANALISIS SEMIOTIK ROLAND BARTHES TERHADAP LAGU THE CHOSEN ONE MAHER ZAIN. Jurnal ’Ulwan, 11(1), 33-45. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/2181