KEMPEN KETENTERAAN MUGHAL ERA AURANGZEB KE TIMUR INDIA: SATU TINJAUAN LITERATUR
Abstract
Ketika era pemeritahan Aurangzeb (1658-1707), Kerajaan Mughal giat menjalankan kempen perluasan wilayah, antaranya ke wilayah timur India. Kempen ini dilakukan untuk mengukuhkan lagi penguasaan pengaruh dan dominasi politik Mughal di sebelah timur memandangkan terdapat ancaman yang wujud di situ, khususnya daripada puak Ahom. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti kempen ketenteraan Mughal era Aurangzeb ke wilayah timur India berdasarkan kepada beberapa kajian terdahulu. Reka bentuk kajian ini ialah kajian sejarah dengan menggunakan metode kualitatif dalam proses pengumpulan dan analisis data. Dapatan kajian menunjukkan tinjauan literatur untuk isu yang dibincangkan dapat dipecahkan kepada tiga isu utama, iaitu biografi dan pengalaman politik Aurangzeb, kempen ketenteraan Mughal era Aurangzeb ke seluruh wilayah India dan kempen ketenteraan ke wilayah Timur India sepanjang sejarah keberadaan Kerajaan Mughal. Ketiga-tiga isu yang disusun berdasarkan analisis tematik ini memberikan maklumat awal berkenaan cabaran dan usaha Kerajaan Mughal dalam mengukuhkan dominasi politik di kawasan timur India menerusi gerakan ketenteraan.
Kata kunci: kerajaan Mughal, kempen ketenteraan, Aurangzeb, puak Ahom; timur India
Downloads
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.
