PERANG ACEH: JIHAD UMAT ISLAM ACEH MENENTANG PENJAJAHAN BELANDA (1873-1904)
Abstract
Perang Aceh sekitar 1873-1904 merupakan simbol penentangan umat Islam Aceh terhadap penjajahan Belanda, dengan jihad menjadi elemen utama dalam usaha mempertahankan identiti Islam dan kedaulatan wilayah. Konflik ini tidak hanya dilihat sebagai peperangan ketenteraan, malahan sebagai gerakan berasaskan agama yang memperkukuhkan solidariti sosial serta memelihara tradisi tempatan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan jihad, peranan pemimpin Aceh dan ulama serta strategi ketenteraan dalam Perang Aceh. Selain itu, kajian ini turut meneliti implikasi sosial, politik dan ekonomi Aceh terhadap perkembangan gerakan Islam di Indonesia. Penulisan ini bersifat kajian kualitatif dengan pengaplikasian reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Kajian ini menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data dengan memfokuskan pada beberapa sumber yang meyakinkan. Manakala bagi kaedah analisis data, kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif menerusi analisis kritikan dalaman dan kritikan luaran terhadap dokumen dan teks sejarah yang relevan. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa ulama memainkan peranan penting dalam memobilisasi rakyat melalui institusi keagamaan seperti masjid dan madrasah, menjadikan jihad bukan sahaja kewajiban agama, malah tanggungjawab bersama dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan umat. Strategi perang gerila, yang memanfaatkan kelebihan geografi Aceh membuktikan kebijaksanaan ketenteraan masyarakat Aceh dalam menghadapi kekuatan teknologi moden tentera Belanda.
Kata Kunci: Perang Aceh; jihad; ulama; strategi ketenteraan; gerakan Islam
Downloads
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.
