PENGARUH PERANCIS SEMASA ERA TANZIMAT (1839-1876) DAN IMPLIKASINYA TERHADAP KERAJAAN UTHMANIYYAH
Abstract
Kerajaan Uthmaniyyah mulai lemah dan menghadapi ancaman dari Barat pada penghujung abad ke-17M. Menyedari akan kemaraan kuasa Barat yang semakin menyerlah, Kerajaan Uthmaniyyah mengambil langkah dalam mengukuhkan kembali kekuatan pemerintahan melalui beberapa usaha memodenisasikan sistem pentadbiran dan ketenteraan dengan mengambil pendekatan ala Barat. Reformasi Uthmaniyyah khususnya dalam pelaksanan Tanzimat pada tahun 1839 hingga 1876 menyaksikan Perancis memainkan peranan penting dalam membantu proses tersebut. Makalah ini bertujuan menjelaskan proses transformasi Kerajaan Uthmaniyyah semasa era Tanzimat dan implikasinya. Penulisan ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif menerusi reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan daripada sumber-sumber primer dan sekunder. Penulisan ini mendapati pengaruh Perancis dalam Tanzimat menjadi asas kepada transformasi pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah khususnya dalam pentadbiran, perundangan, pendidikan dan sosial. Pengaruh Perancis melalui reformasi pembaratan dalam pentadbiran Uthmaniyyah menyebabkan keterbegantungan terhadap sistem pentadbiran Barat yang menjadi penyebab pengurangan pengaruh sultan dan ulama dalam pentadbiran Uthmaniyyah. Dasar sekularisme dan propaganda mengenai sistem demokrasi berteraskan tanah air menjadi asbab keruntuhan kerajaan Uthmaniyyah dan pembentukan negara Turki Moden hari ini.
Kata kunci: Tanzimat; Uthmaniyyah; Perancis; Hatti-Syarif Gulhane; Hatti Humayun
Downloads
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.
