PERANAN ILMU BALĀGHAH DALAM KESUSASTERAAN ARAB KLASIK: ANALISIS TERHADAP AL-JINĀS DALAM PUISI MAQĀMĀT AI-ḤARĪRĪ
Abstract
Ilmu balāghah adalah lambang kepada kesusasteraan Arab klasik yang mencerminkan kecanggihan linguistik serta kekayaan budaya bahasa Arab. Antara alat retorik utama dalam ilmu balāghah ialah al-jinās (paronomasia), yang berfungsi untuk memperindah lafaz serta memperkaya makna sesebuah karya sastera. Walaupun alat ini sangat menonjol dan banyak dijumpai dalam karya sastera Arab klasik, namun peranan khusus serta aplikasinya dalam puisi Maqāmāt al-Ḥarīrī, sebuah karya agung dalam prosa dan puisi Arab, masih kurang diterokai. Tambahan lagi, tanggapan sebahagian sarjana bahawa elemen al-jinās ini tidak berperanan melainkan untuk memperindah lafaz sahaja, telah menyebabkan peranannya dalam memperkaya makna teks diabaikan. Justeru, berdasarkan kerangka teori balāghah al-Hashimī dalam Jawāhir al-Balāghah dan ‘Alī al-Jundī dalam Fann al-Jinās, kajian ini mengenal pasti bentuk-bentuk al-jinās yang terdapat dalam puisi Maqāmāt al-Ḥarīrī, di samping menganalisis peranannya dari sudut estetik serta semantik. Hasil kajian mendedahkan bahawa terdapat 14 tempat dalam puisi Maqāmāt al-Ḥarīrī yang berlaku al-jinās. Penggunaan al-jinās ini, di samping menyumbang kepada irama teks yang memukau, turut memperkaya kedalaman maknannya, menjadikan pembaca tertarik dan terhibur dengan permainan kata pengarang. Oleh itu, kajian ini dapat menekankan kepentingan meneliti alat balāghah seperti al-jinās agar pembaca dapat menghargai kesenian serta kerumitan tradisi kesusasteraan Arab klasik.
Kata kunci: Balāghah; al-jinās; kesusasteraan Arab klasik; Maqāmāt al-Ḥarīrī; retorik
Downloads
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.
