REPRESENTASI MUSUH ISLAM DALAM PUISI KA‘AB BIN MALIK: ANALISIS TEMATIK DAN RETORIK DALAM KONTEKS SIRAH NABAWIYYAH
Abstract
Puisi Arab awal tidak hanya berperanan sebagai karya estetik, tetapi juga sebagai medium dakwah dan perjuangan Islam. Dalam konteks ini, Ka’ab bin Mālik tampil sebagai penyair sahabat yang menzahirkan semangat perjuangan umat Islam serta menggambarkan permusuhan terhadap Nabi Muhammad SAW. Tema ‘musuh Islam’ dalam puisinya mencerminkan konflik akidah dan sosial yang mewarnai zaman awal dakwah Islam. Walaupun kajian sastera Islam banyak menumpukan perhatian pada tema madḥ (pujian) dan jihad, aspek representasi musuh masih kurang dikaji, khususnya dari perspektif tematik dan retorik. Justeru, kajian ini bertujuan meneliti bagaimana Ka‘ab bin Mālik menggambarkan musuh Islam dalam puisinya melalui analisis tema, gaya bahasa dan konteks sejarah, bagi menyingkap nilai perjuangan serta dakwah yang terkandung di dalamnya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif teksual melalui analisis tematik dan retorik terhadap puisi-puisi yang berkaitan dengan peperangan Islam awal, dengan mengambil kira konteks Sirah Nabawiyyah. Dapatan menunjukkan bahawa musuh Islam digambarkan bukan hanya sebagai lawan fizikal, tetapi juga sebagai simbol kezaliman, kesombongan dan penentangan terhadap kebenaran. Kajian ini menegaskan peranan penting puisi Ka‘ab bin Mālik dalam membina wacana perjuangan Islam serta memberikan nilai yang relevan pada masa kini dengan memperlihatkan kekuatan seni bahasa sebagai alat mempertahankan kebenaran dan maruah umat.
Kata kunci: Ka’ab bin Malik; musuh Islam; tematik; retorik; Sirah Nabawiyyah
Downloads
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.
