ANALISIS STRATEGI PERSUASIF DALAM UCAPAN ABU UBAIDAH SEMASA OPERASI TAUFAN AL-AQSA
Abstract
Strategi persuasif dalam ucapan politik merupakan alat penting yang digunakan oleh pemimpin untuk mempengaruhi persepsi, emosi, dan tindakan audiens. Walau bagaimanapun, sejauh mana ucapan ini berkesan bergantung kepada strategi persuasif yang digunakan oleh pemimpin tersebut. Dalam konteks Palestin-Israel, ucapan Abu Ubaidah bukan sekadar penyampaian maklumat, tetapi juga senjata retorik dalam medan peperangan. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis strategi persuasif dalam teks ucapan Abu Ubaidah semasa Operasi Taufan al-Aqsa dengan menggunakan kerangka teori retorik Aristotle yang menekankan elemen etos (kredibiliti), patos (emosi) dan logos (logik atau rasional). Kajian ini berbentuk kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan terhadap sepuluh teks ucapan bernombor ganjil yang disampaikan dalam tempoh setahun operasi, iaitu antara 7 Oktober 2023 sehingga 7 Oktober 2024. Hasil kajian mendapati patos digunakan secara dominan (36%) untuk membangkitkan semangat juang, empati terhadap penderitaan rakyat Palestin dan solidariti, manakala etos (33%) menekankan kredibiliti moral serta autoriti agama dan logos (31%) menyokong hujah melalui fakta operasi, statistik korban, serta perincian strategi dan kejayaan operasi ketenteraan. Ketiga-tiga elemen strategi persuasif ini berfungsi secara sinergi untuk membentuk retorik politik perlawanan yang berkesan. Dapatan kajian ini memberikan sumbangan kepada bidang komunikasi politik, retorik, dan pengajian wacana Arab dengan memperlihatkan bagaimana strategi persuasif digunakan secara sistematik untuk mempengaruhi persepsi, emosi, dan tindakan audiens dalam konteks konflik Palestin-Israel.
Kata Kunci: ucapan politik, strategi persuasif, etos, patos, logos, Taufan al-Aqsa, Abu Ubaidah
Downloads
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.
