AMALAN WAKAF TUNAI DI DAERAH KUCHING, SARAWAK
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan amalan wakaf tunai di Daerah Kuching, Sarawak. Amalan wakaf tunai yang dikaji adalah berhubung dengan pandangan terhadap amalan wakaf tunai di Daerah Kuching. Seramai 274 responden yang terlibat dengan kajian ini. Untuk mendapatkan maklum balas responden, kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif kaedah borang survei dalam format Google Form dan diedar melalui platform WhatsApp secara berkumpulan mahupun secara individu. Borang soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama, iaitu Bahagian A (Demografi Responden), Bahagian B (Aspek Pengetahuan) dan Bahagian C (Aspek Kefahaman/Amalan). Data yang telah diperoleh akan analisis data dimasukkan dalam perisian SPSS versi 20.0. Kajian ini menganalisis elemen wakaf tunai masyarakat Islam di Daerah Kuching dari aspek kefahaman, aspek minat, aspek operasional dan aspek fungsional wakaf tunai. Secara keseluruhannya, masyarakat menunjukkan tahap pengetahuan yang baik terhadap wakaf tunai, namun penglibatan dalam amalan masih perlu dipertingkatkan.
Kata kunci: Wakaf Tunai, Amalan Wakaf, Kesedaran Sosial Islam
Downloads
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.
