PELANCONGAN ZUHUD: ANALISIS AYAT-AYAT AL-QURAN
Keywords:
Al-Quran, Zuhud, Pelancongan Islam, Pelancongan Zuhud.Abstract
Salah satu bidang pelancongan yang boleh diterokai dengan lebih mendalam ialah pelancongan zuhud. Zuhud merupakan gaya hidup yang berdisiplin dalam menjalankan setiap aktiviti dengan rasa rendah hati, amanah, menyesuaikan diri dengan keadilan sosial, berusaha menepis segala godaan dunia yang merosakkan untuk mencapai keredaan Allah SWT. Bagi tujuan penerokaan tentang pelancongan zuhud ini, firman Allah SWT yang berkaitan permusafiran dijadikan panduan. Bagi melaksanakan matlamat ini, persoalan berhubung ayat al-Quran yang boleh menggambarkan proses melancong ini timbul. Bagaimanakah Allah SWT menyatakan perihal pelancongan? Apakah tujuan pelancongan yang dinyatakan dalam al-Quran? Bagaimanakah pula kaedah pelancongan patut dilaksanakan menurut al-Quran? Metod penelitian yang dilakukan adalah berdasarkan kajian perpustakaan dengan teknik analisis eksplorasi tekstual terhadap ayat-ayat al-Quran yang bersesuaian dengan maksud pelancongan. Hasil kajian mendapati bahawa pelancongan zuhud yang dibentuk berdasarkan firman Allah SWT dalam al-Quran mengandungi tuntutan berkaitan ketuhanan, persekitaran dan keperibadian.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2019-01-18
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Hashim, S. N. A., & Mazlan, M. (2019). PELANCONGAN ZUHUD: ANALISIS AYAT-AYAT AL-QURAN. Jurnal ’Ulwan, 3(1), 89-98. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/286
