KITAB JAWI DAN PENGILMUAN MASYARAKAT MELAYU
Keywords:
Kitab Jawi, Alam Melayu, Masyarakat MelayuAbstract
Pada dasarnya, artikel ini bakal menumpukan perhatian terhadap subjek kitab jawi dan pengilmuan masyarakat Melayu pasca kedatangan Islam ke alam Melayu. Kitab jawi adalah karya intelektual Melayu yang dihasilkan oleh sarjana Melayu-Islam dalam pelbagai bidang disiplin ilmu keislaman sama ada secara teoritikal, praktikal, rationalistik dan sosial. Ia memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu sama ada sebagai alat komunikasi mahupun médium pengembangan ilmu. Premis artikel ini untuk membuktikan peranan Islam dan kitab jawi mengilmukan masyarakat Melayu yang belum pernah dimiliki sebelumnya. Antaranya Islamisasi dan kitab tulisan jawi, Islamisasi dan pandangan hidup (world view) tauhid dan Islamisasi dan paradigma ilmu. Kaedah analisis yang digunakan ialah kaedah pensejarahan atau historicisme yang meneliti perkembangan sesuatu idea. Fakta yang diperolehi akan ditapis dengan teliti dengan menggunakan pendekatan induksi sejarah alam Melayu. Dapatan kajian menunjukkan kitab jawi mempunyai identiti dan keunggulan yang tersendiri serta mampu berperanan sebagai alat pengembangan ilmu di rantau alam Melayu.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2019-01-18
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Abdul Malik, M. P., Abd. Rahim, R. A., Abdul Jalal, A. F., & Hj Ismail, H. (2019). KITAB JAWI DAN PENGILMUAN MASYARAKAT MELAYU. Jurnal ’Ulwan, 3(1), 34-57. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/293
