ASPEK MUAMALAT DALAM KITAB MIR’AT AL-THULLAB KARYA SHAYKH ABDUL RAUF ALI AL-SINGKILI
Keywords:
Manuskrip, kitab jawi, Shakyh Abdul Rauf Ali al-Singkili, Mir’at Al-Thullab, Fikah Muamalat, TahkikAbstract
Dalam penulisan artikel ini menjadikan manuskrip kitab Mir’at al-Thullab sebagai objek kajian. Mir’at al-Thullab merupakan kitab fikah yang membahaskan muamalat, munakahat dan jinayat ditulis pada abad ke 17 Masihi, dan telah disebar luas ke seluruh Alam Melayu dengan kaedah penyalinan. Kini Mir’at al-Thullab masih dalam bentuk manuskrip iaitu salinan asal yang berupa tulisan tangan dalam aksara jawi. Manakala keadaan fizikal manuskrip kitab Mir’at al-Thullab ada yang rosak, koyak, telah dimakan anai-anai, malahan terdapat manuskrip yang disalin dengan keadaan tidak sempurna susunan. Maka kitab Mir’at al-Thullab ditahkik bertujuan untuk mengemaskini teks manuskrip dari segi teknik penulisan dan susunan serta memastikan kesahihan isi. Melalui metode tahkik telah menemukan judul sebenar kitab ini iaitu Mir’at al-Thullab fi Tashil Ma`rifah Ahkam al-Shar`iyyati li Malik al-Wahhab manakala nama penuh pengarang kitab ini ialah Shakyh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri al-Singkili al-Ashi al-Jawi dan telah menemukan 35 perbahasan berkaitan fikah muamalat, Maka dicadangkan bab muamalat dalam kitab Mir’at al-Thullab ditahkik dengan pendekatan fikah muamalat mazhab al-Shafi’i.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2019-10-09
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Othman, S. H., Abdullah, M. S. Y., Ahmad Zakaria, R. M., & Hanafiah, M. G. (2019). ASPEK MUAMALAT DALAM KITAB MIR’AT AL-THULLAB KARYA SHAYKH ABDUL RAUF ALI AL-SINGKILI. Jurnal ’Ulwan, 4(1), 1-13. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/487
