ANALISIS CABARAN APLIKASI METODOLOGI MAU’IZAH AL-HASANAH DALAM DAKWAH

Authors

  • Mustafa Kamal Amat Misra Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Mohd Hakim Arshad Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Nurhanisah Senin Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Ahmad Fauzi Mohd Shahar Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Ahmad Faqih Ibrahim Fakulti Keilmuan Islam, Kolej Universiti Islam Melaka

Keywords:

cabaran metode dakwah, metode mau’izah al-hasanah, metodologi dakwah

Abstract

Kejayaan sesuatu penyampaian dakwah kadangkala terhasil daripada metode penyampaian yang pelbagai yang tidak boleh dikesampingkan seperti al-hikmah, mau’izah hasanah, mujadalah al-husnah, dan qudwah al-hasanah. Sayyid Qutb mengatakan metode mu’izah al-hasanah adalah metode yang aplikasikan cara yang lemah lembut, menyelami perasaan dengan tulus tanpa herdikan, celaan dan cercaan. Bahkan, ia boleh dikatakan sebagai pertuturan yang lemah lembut dan menggoda sehingga pendengar tertarik hati untuk menerima. Dalam konteks di Malaysia, metode ini menjadi kebiasaan dan budaya ramai pendakwah ketika sesi penyampaian dakwah dijalankan sehingga penerimaan terhadap Islam itu menjadi mudah. Namun, had pengaplikasiannya memungkinkan mengundang reaksi negatif bagi sesetengah pihak seperti isu jenaka dan nyanyian yang disaran untuk tidak digunakan yang beralasan dibimbangi tujuan dakwah tersasar selain mengakibatkan hilang keberkatan dalam menuntut ilmu. Kajian ini menganalisis cabaran metode mau’izah al-hasanah dan kesesuaiannya di samping mengenalpasti perbezaan pengaplikasiannya dalam kalangan tenaga pengajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-10-09

How to Cite

Amat Misra, M. K., Arshad, M. H., Senin, N., Mohd Shahar, A. F., & Ibrahim, A. F. (2019). ANALISIS CABARAN APLIKASI METODOLOGI MAU’IZAH AL-HASANAH DALAM DAKWAH. Jurnal ’Ulwan, 4(1), 14-25. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/488