FIQH JIHAD WANITA DALAM KONTEKS KONTEMPORARI: SATU ANALISIS

Authors

  • Muhd Imran Abd Razak Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar
  • Mohd Anuar Ramli Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
  • Nurul Khairiah Khalid Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar
  • Mukhamad Khafiz Abd Basir Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar
  • Mohd Farhan Abd Rahman Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar
  • Ahmad Firdaus Mohd Noor Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar

Keywords:

Fiqh Jihad, wanita, kontemporari

Abstract

Jihad merupakan suatu istilah yang sering dieksploitasi aliran ekstremisme atau disalahfahami aliran liberalisme dalam dunia kontemporari. Ia bukan sahaja memberikan gambaran negatif tentang jihad, malah turut menerbitkan gejala Islamofobia dalam sebahagian masyarakat dunia. Justeru, kajian ini menganalisis tentang fiqh jihad khususnya melibatkan golongan wanita dalam konteks kontemporari. Berpandukan metode kajian kualitatif, analisis kandungan dilakukan terhadap literatur berkaitan jihad dan perbahasan sarjana Islam silam dan kontemporari berkaitan dengannya. Analisis dilakukan secara induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati, fiqh jihad wanita mempunyai ciri dan syarat yang berbeza dengan fiqh jihad lelaki. Di samping itu, walaupun fiqh jihad adalah bersifat ijtihadiyyah, namun perbahasan jihad tentang wanita sangat mementingkan persoalan maslahah golongan tersebut. Dengan itu, fiqh jihad wanita dalam Islam adalah mengambilkira persoalan fitrah, keupayaan, konteks dan awlawiyyat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-10-10

How to Cite

Abd Razak, M. I., Ramli, M. A., Khalid, N. K., Abd Basir, M. K., Abd Rahman, M. F., & Mohd Noor, A. F. (2019). FIQH JIHAD WANITA DALAM KONTEKS KONTEMPORARI: SATU ANALISIS. Jurnal ’Ulwan, 4(1), 37-48. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/492