KEDUDUKAN PERUNDANGAN JENAYAH ISLAM DAN ADAT KE ATAS MASYARAKAT MELAYU DI TANAH MELAYU MENURUT PANDANGAN ORIENTALIS: RUJUKAN KHUSUS TERHADAP R.O. WINSTEDT
Keywords:
Undang-undang Jenayah Islam, Undang-undang Adat, Tanah Melayu, falsafah positifisme empirik logik, OrientalisAbstract
R.O. Winstedt merupakan seorang orientalis yang berkhidmat di Tanah Melayu sebagai pentadbir British. Bentuk pemikiran beliau berteraskan falsafah positifisme empirik logik iaitu fahaman yang mementingkan penggunaan akal sepenuhnya sebagai pendekatan utama bagi mendapatkan sesuatu fakta keilmuan dengan tepat berdasarkan kaedah penelitian yang sistematik dan teliti. Falsafah ini menolak pembuktian sesuatu fakta menggunakan sumber wahyu kerana dianggap tidak releven dalam pembuktian sejarah. Artikel ini menumpukan kepada analisa terhadap pandangan Winstedt berkaitan undang-undang Jenayah Islam di Tanah Melayu dan pendekatan orientalis dalam menilai Islam dan masyarakat Melayu. Penulis menggunakan kaedah grafisejarah, perbandingan dan analisis kandungan bagi menganalisis pandangan tersebut. Hasil kajian mendapati pendekatan pemikiran orientalis khususnya Winstedt dalam menilai Islam terutamanya sistem perundangan memperlihatkan sudut pandangan yang meragukan dan pertimbangan yang berat sebelah. Winstedt beranggapan undang-undang Islam dan adat tidak boleh dilaksanakan bersama kerana undang-undang Islam pada tanggapan orientalis, kandungannya tidak sesuai untuk diamalkan di Tanah Melayu disebabkan perbezaan budaya dan tempat tinggal. Hal ini berpunca dari kelemahan golongan orientalis dalam memahami kandungan Islam disebabkan latar belakang pemikiran yang berpusatkan Eropah iaitu Euro-centrism. Pemikiran ini mengangkat bangsa Eropah sebagai bangsa yang hebat dan bertamadun berbanding bangsa lain hingga digelar “ambassador of civilization” iaitu penyelamat kepada bangsa yang perlu ditamadunkan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2019-10-11
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Abd Rahman, M. F., Abd Razak, M. I., Mohd Noor, A. F., Abdul Basir, M. K., & Khalid, N. K. (2019). KEDUDUKAN PERUNDANGAN JENAYAH ISLAM DAN ADAT KE ATAS MASYARAKAT MELAYU DI TANAH MELAYU MENURUT PANDANGAN ORIENTALIS: RUJUKAN KHUSUS TERHADAP R.O. WINSTEDT. Jurnal ’Ulwan, 4(1), 86-99. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/495
