REAKSI RESPONDEN DALAM KALANGAN TRANSGENDER DAN TRANSEKSUAL

Authors

  • Mohammad Ramzi Zakaria
  • Dr. Asma Hakimah Ab. Halim
  • Prof Madya Shamsuddin Suhor

Keywords:

Transeksual, transgender, gender, cabaran-cabaran

Abstract

Transeksual merupakan satu induk kemahuan seks yang menyimpang, manakala transgender adalah silang gender daripada gender asal. Bagi mendapat hak golongan-golongan ini telah memperjuangkan dan menegakkan hak kebebasan asasi mereka di negara ini. Perkara ini telah menimbulkan kebimbangan dan kemungkinan membawa pemasalahan kepada negara sekiranya hak-hak yang dituntut itu diberikan kepada mereka. Oleh itu, bagi mengenal pasti punca pemasalahan ini, pengkaji telah mengambil langkah untuk mendekati golongan-golongan ini melalui temubual dan mendapati pelbagai cabaran dihadapi ketika mengumpul dan memperolehi data tersebut. Kajian ini menceritakan pengalaman yang dilalui dan cabaran fizikal dan mental yang dihadapi ketika membuat kajian tersebut untuk dikongsi bersama. Akhir kajian, penulis mendapati cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mana-mana pengkaji yang melibatkan responden dalam kategori ini perlu mengambil langkah awal sebelum bertindak mendekati mereka agar tidak berlaku permasalahan ketika menjalankan apa-apa kajian.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-10-23

How to Cite

Zakaria, M. R., Ab. Halim, D. A. H., & Suhor, P. M. S. (2019). REAKSI RESPONDEN DALAM KALANGAN TRANSGENDER DAN TRANSEKSUAL. Jurnal ’Ulwan, 4(1), 159-169. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/502