PEMIKIRAN KEFALSAFAHAN AL-GHAZALI BERKAITAN MIMPI

Authors

  • Mohd Syahmir Alias Bahagian Falsafah dan Tamadun Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia

Keywords:

pemikiran Islam, epistemologi, ontologi, al-Ghazali, mimpi

Abstract

Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali (1058-1111) atau al-Ghazali merupakan seorang pemikir Islam yang dikenali sama ada Timur dan Barat dunia. Idea-ideanya mencakupi segenap bidang dalam pemikiran Islam seperti ilmu kalam, falsafah, tasawuf dan usul fikah. Walau bagaimanapun, makalah ini berhasrat memfokuskan pemikiran kefalsafahan al-Ghazali yang menjurus kepada subjek mimpi. Hal ini kerana, mimpi yang benar merupakan satu daripada 46 tanda-tanda kenabian dari perspektif Islam yang dialami tanpa mengira agama atau bangsa. Oleh sebab ia merupakan sebuah “pengalaman”, al-Ghazali menjadikannya sebagai hujah-hujah untuk menerangkan beberapa aspek falsafah. Justeru, makalah ini secara lebih spesifik akan menumpukan kepada hujah-hujah kefalsafahan al-Ghazali berkenaan “pengalaman” mimpi. Makalah ini mengumpulkan data daripada karya-karyanya dengan menggunakan kaedah kajian dokumen, seterusnya menganalisis data tersebut dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Secara inti patinya, pemikiran al-Ghazali mengenai mimpi dapat dibahagikan kepada dua bidang penting dalam falsafah iaitu epistemologi (teori ilmu) dan ontologi (teori kewujudan). Oleh sebab terdapat pengaruh epistemologi terhadap ontologi dalam penghujahannya, maka pemikiran beliau mengenai mimpi ini dapat dirangkumkan sebagai bersifat epistemologiko-ontologikal.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-10-10

How to Cite

Alias, M. S. (2019). PEMIKIRAN KEFALSAFAHAN AL-GHAZALI BERKAITAN MIMPI. Jurnal ’Ulwan, 4(1), 26-36. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/564