BENTUK-BENTUK EMOSI REMAJA HAMIL LUAR NIKAH

Authors

  • Siti Aishah Yahya Kolej Universiti Islam Melaka
  • Fariza Md.Sham Institut islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

bentuk-bentuk emosi, remaja hamil, hamil luar nikah, dakwah, psikologi

Abstract

Remaja hamil luar nikah adalah remaja yang telah mengandung sebelum berkahwin di mana kewujudan hubungan seks di antara dua pasangan yang tidak mempunyai pertalian nikah yang sah. Remaja hamil luar nikah tergolong umur di antara 13 hingga 18 tahun. Banyak isu-isu yang menyebabkan kehamilan luar nikah ini antaranya faktor persekitaran, keluarga, kemurungan, kesunyian dan sokongan sosial. Emosi dalam pendekatan dakwah terbahagi kepada dua iaitu emosi dari sudut Al-quran dan emosi dari sudut hadis. Terdapat pelbagai bentuk-bentuk emosi yang ditunjukkan oleh remaja yang sedang mengalami kehamilan ini seperti romantik, mudah keliru dan emosi marah. Bentuk emosi menurut Barat terbahagi empat faktor iaitu emosi dari segi kebolehan membuat persepsi berkaitan emosi, pemikiran berdasarkan emosi, memahami emosi dan mengurus emosi. Disamping itu juga, bentuk-bentuk emosi menurut pandangan Islam pula adalah emosi kesempitan jiwa, ketakutan, kegelisahan, berkeluh kesah, ketakutan yang berlebihan, kebimbangan, kebingunan dan mungkin juga akan hilang akal akibat daripada ketakutan yang luar biasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-09-13

How to Cite

Yahya, S. A., & Md.Sham, F. (2019). BENTUK-BENTUK EMOSI REMAJA HAMIL LUAR NIKAH. Jurnal ’Ulwan, 4(1), 137-148. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/622