KEPERLUAN SOKONGAN MOTIVASI DALAM KEPUASAN KERJA SAUDARA BARU SELEPAS MEMELUK ISLAM
Keywords:
Motivasi, Saudara Baru, Muallaf, Kepuasan KerjaAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keperluan sokongan motivasi terhadap kepuasan kerja Saudara Baru selepas memeluk Islam. Dalam konteks kajian ini yang dimaksudkan dengan keperluan sokongan motivasi dalam kepuasan kerja adalah terdiri daripada dimensi seperti pengiktirafan, peningkatan, pencapaian, peluang untuk berkembang, pekerjaan itu sendiri dan tanggung jawab. Sokongan motivasi memainkan peranan penting dalam mendapatkan kepuasan kerjadi kalangan Saudara Baru. Motivasi ini penting bagi memastikan Saudara Baru dapat menghadapi kehidupan yang lebih baik dan teratur serta dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan lebih sempurna walaupun berada dalam suasana persekitaran yang baru atau lama serta kelompok majikan, rakan sekerja yang Islam atau yang bukan Islam. Kajian ini merupakan kajian tinjauan. Lokasi pemilihan adalah di Negeri Johor. Seramai 455 Saudara Baru di Johor telah dipilih sebagai responden kajian. Data dikumpul melalui soal selidik. Hasil kajian yang diperolehi mendapati Saudara Baru mendapat kepuasan kerja yang baik selepas memeluk Islam dari aspek sokongan motivasi. Majikan, rakan sekerja dan organisasi turut membantu memainkan peranan kepada Saudara Baru dalam menaikkan semangat motivasi dalam mendapatkan kepuasan kerja.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2020-10-26
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Abd Rahman, N. N. H., Kawangit @ Muhamat, R., Mohamad Zabidi, M., Hamdan, M. N., & Abdullah, A. (2020). KEPERLUAN SOKONGAN MOTIVASI DALAM KEPUASAN KERJA SAUDARA BARU SELEPAS MEMELUK ISLAM. Jurnal ’Ulwan, 5(1), 13-26. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/665
