MUZIUM DAN KEDAULATAN INSTITUSI BERAJA DI MALAYSIA

Authors

  • Ahmad Farid Abd Jalal Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)
  • Rahimin Affandi Abd Rahim Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)
  • Mohamed Yusuf Ahmad Adam Broughton Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)
  • Ahnaf Wafi Alias Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)

Keywords:

Muzium, Perkembangan Muzium Pascamerdeka, Kesedaran Sejarah, Peranan Muzium Dalam Memartabatkan Institusi Beraja

Abstract

Muzium merupakan tempat mengumpul, menyelidik dan memelihara segala bentuk kesenian, warisan dan adat resam setempat seperti manuskrip, senjata, ukiran, tekstil serta hasil kerja yang terbaik dan berkualiti tinggi sehingga menjadi rujukan sehingga ke hari ini. Selain itu, muzium juga berperanan memberikan khidmat pengembangan ilmu melalui pameran, ceramah, bengkel dan persidangan khususnya dalam pendidikan sejarah. Kertas kerja ini akan menjelaskan tentang kepesatan perkembangan muzium pascamerdeka di Malaysia, jenis-jenis muzium di Malaysia yang merangkumi aspek umum, tematik, galeri diraja dan memorial, muzium-muzium yang berasal daripada bangunan istana dan inisiatif beberapa IPTA di Malaysia untuk mewujudkan muzium sendiri. Turut menjelaskan tentang keperluan muzium menerapkan kesedaran sejarah khususnya dalam memaparkan kehebatan institusi raja-raja Melayu di Alam Melayu. Muzium perlu menonjolkan kepada pengunjung tentang sebab-sebab institusi beraja perlu dipertahankan. Kajian ini juga menerangkan tentang muzium dan falsafah pengekalan institusi beraja di Malaysia. Ia merangkumi perbincangan berkaitan Muzium Diraja sebagai mercu tanda kewujudan tamadun sosio-politik di Alam Melayu, bukti identiti kemelayuan, sifat dinamisme Islam dalam masyarakat Melayu serta sebagai asas kedaulatan institusi beraja di Malaysia. Fokus perbincangan kertas kerja ini adalah membincangkan tentang peranan muzium dalam memartabatkan kedaulatan institusi beraja di Malaysia. Muzium sepatutnya berfungsi sebagai hub pendidikan khususnya dalam menyampaikan maklumat berkaitan institusi beraja di Malaysia. Kajian ini diharap dapat membantu memartabatkan institusi beraja sekali gus mengangkat warisan budaya khususnya di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Ahmad Farid Abd Jalal, Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)
    (Kumpulan Penyelidik di bawah Tajaan Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Pekan, Pahang)
  • Rahimin Affandi Abd Rahim, Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)
    (Kumpulan Penyelidik di bawah Tajaan Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Pekan, Pahang)
  • Mohamed Yusuf Ahmad Adam Broughton, Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)
    (Kumpulan Penyelidik di bawah Tajaan Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Pekan, Pahang)
  • Ahnaf Wafi Alias, Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)
    (Kumpulan Penyelidik di bawah Tajaan Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Pekan, Pahang)

Downloads

Published

2020-10-26

How to Cite

Abd Jalal, A. F., Abd Rahim, R. A., Ahmad Adam Broughton, M. Y., & Alias, A. W. (2020). MUZIUM DAN KEDAULATAN INSTITUSI BERAJA DI MALAYSIA. Jurnal ’Ulwan, 5(1), 27-44. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/666