STRATEGI PEPERANGAN ISRAEL DALAM PERANG ENAM HARI ARAB-ISRAEL 1967

Authors

  • Mohamad Firdaus Mohd Isa Sekolah kebangsaan Bukit Piatu, Bentong Pahang
  • Syaimak Ismail Akademi Pengajian lslam Kontemporari Universiti Teknologi MARA, Cawangan Segamat Johor
  • Adam Badhrulhisham Jabatan Usuluddin, Fakulti Keilmuan islam Kolej Universiti Islam Melaka

Keywords:

Perang Enam Hari, Strategi Peperangan, Asia Barat

Abstract

Perang Enam Hari terjadi daripada beberapa rentetan krisis yang berlaku antara yang paling ketara ialah penubuhan negara haram Israel 1948 dan beberapa lagi siri peperangan seperti Perang Suez. Persoalan utamanya adalah bagaimana Israel; sebuah negara yang baru ditubuhkan dapat mengalahkan sekutu negara Arab yang terdiri daripada Mesir, Jordan dan Syria. Metode yang digunakan dalam kajian ini adalah metode historis. Bagi mendapatkan analisis yang lebih tepat, penulis menggunakan pendekatan inter-displin melalui konsep dan teori yang terdapat dalam disiplin ilmu sosial. Kajian mendapati terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada kemenangan Israel dalam peperangan ini iaitu kecekapan strategi ketenteraan, prinsip peperangan dan ketidaksediaan tentera Arab dalam menghadapi peperangan ini. Antara strategi ampuh yang dijalankan termasuk menggunakan elemen kejutan serta mengeksploitasi kelemahan yang berlaku dalam kalangan gabungan negara Arab.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-10-26

How to Cite

Mohd Isa, M. F., Ismail, S., & Badhrulhisham, A. (2020). STRATEGI PEPERANGAN ISRAEL DALAM PERANG ENAM HARI ARAB-ISRAEL 1967. Jurnal ’Ulwan, 5(1), 45-61. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/667