PERLAKSANAAN SEMBAHYANG (SOLAT) DALAM AJARAN INAYAT KHAN: SATU PENILAIAN KRITIS
Keywords:
Sembahyang, Ajaran, Inayat Khan, Universal Sufism, IslamAbstract
Pada abad kedua puluh, telah muncul satu ajaran kerohanian yang dikenali sebagai ajaran Inayat Khan di Barat. Ajaran tersebut mengandungi campuran amalan daripada agama-agama utama seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha. Ia kian mendapat perhatian di Barat dan di negara Islam seperti Indonesia, Pakistan, Turki dan lain-lain lagi. Justeru, artikel ini bertujuan untuk menganalisis amal ibadat dalam ajaran Inayat Khan melalui tulisan-tulisan Inayat Khan dan pemerhatian penulis semasa mengikuti program Summer School 2011, yang telah dianjurkan oleh pergerakan the International Sufi Movement di Katwijk, Netherland. Ia juga bertujuan untuk menilai konsep kerohanian Inayat Khan dengan agama Islam melalui perlaksanaan ibadat solat yang dilakukan oleh para pengikutnya. Kajian ini mengguna pakai kaedah analisis kandungan daripada buku-buku Inayat Khan seperti the Dance of the Soul (Gayan, Vadan, Nirtan), the Sufi Message of Hazrat Inayat Khan I, II, III, IV, V, VI, VII, VIII, X, XI, XII. Hasil kajian mendapati perlaksanaan solat dalam ajaran kerohanian Inayat Khan ini terbina daripada amalan-amalan tertentu daripada agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan Zoroaster. Oleh yang demikian, amalan sembahyang tersebut bukan sebahagian daripada amalan dalam Islam dan ia secara langsungnya, terbukti tidak boleh diamalkan oleh umat Islam.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2020-10-26
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Salleh, N. (2020). PERLAKSANAAN SEMBAHYANG (SOLAT) DALAM AJARAN INAYAT KHAN: SATU PENILAIAN KRITIS. Jurnal ’Ulwan, 5(1), 62-77. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/668
