ISU TIDAK MEMBAWA AL-QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR KETIKA SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK CTU DI UITM CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT

Authors

  • Emie Sylviana Mohd Zahid Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Pulau Pinang
  • Siti Noor Ain Aziz Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Johor
  • Mahasin Mearaj Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Johor

Keywords:

Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Subjek CTU, Mushaf al-Quran, Islamic Kit

Abstract

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) merupakan satu unit pelengkap kepada keseluruhan struktur organisasi akademik di Universiti Teknologi MARA (UiTM). ACIS telah menawarkan program dan kursus akademik berorientasikan Islam kontemporari. Sebagai sebuah universiti yang bertujuan melatih kaum Bumiputera dalam bidang profesional dan separa profesional, UiTM telah menawarkan kepada para pelajarnya kursus-kursus Pendidikan dan Tamadun Islam yang sinonim dengan nama subjek CTU. Ia ditawarkan sebagai kursus wajib diperingkat diploma dan ijazah sarjana muda. Subjek CTU diperingkat diploma lebih menekankan penggunaan al-Quran ketika sesi pembelajaran. Namun kebelakangan ini, pelajar sering tidak membawa al-Quran dan ia semakin serius. Hal ini memerlukan kepada satu kajian bagi mengenal pasti punca permasalahan tersebut. Kajian ini berbentuk kuantitatif. Kaedah yang digunakan adalah temu bual dan soal selidik bagi mendapatkan maklum balas daripada responden. Dapatan kajian dianalisa secara deskriptif berdasarkan bilangan dan keperatusan responden. Hasil kajian mendapati isu tidak membawa al-Quran dalam kalangan pelajar adalah sikap pelajar itu sendiri. Justeru, pihak ACIS UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat mencari solusi bagi menangani masalah tersebut serta membentuk semula persekitaran generasi mencintai al-Quran dalam kalangan pelajar UiTM.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-10-26

How to Cite

Mohd Zahid, E. S., Aziz, S. N. A., & Mearaj, M. (2020). ISU TIDAK MEMBAWA AL-QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR KETIKA SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK CTU DI UITM CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT. Jurnal ’Ulwan, 5(1), 78-95. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/669