FAKTOR YANG MENDORONG INDIVIDU UNTUK MEMBUAT PEMBIAYAAN PERIBADI

Authors

  • Mohd Azam Yahya Institut Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Melaka
  • Muslihah Mazlan Jabatan Usuluddin, Fakulti Keilmuan Islam Kolej Universiti Islam Melaka
  • Suhaimi Abu Hasan Jabatan Shariah, Fakulti Keilmuan Islam Kolej Universiti Islam Melaka

Keywords:

Pembiayaan Peribadi, Pengurusan Perbelanjaan, Faktor

Abstract

Pembiayaan peribadi merupakan satu produk kewangan daripada institusi perbankan Islam untuk membantu keperluan kewangan peribadi individu dan dikehendaki untuk membayar semula pembiayaan tersebut mengikut perjanjian yang telah dimeterai bersama antara pihak bank dan pelanggan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mendorong individu untuk membuat pembiayaan peribadi. Metod kajian berbentuk kualitatif iaitu kepustakaan dengan merujuk kepada bahan-bahan bacaan yang berautoriti serta artikel-artikel yang diperolehi melalui media massa arus perdana bagi mendapatkan penjelasan secara umum mengenai asbab yang mempengaruhi individu di Malaysia membuat pembiayaan peribadi di institusi-institusi perbankan. Dapatan kajian ini mendapati terdapat dua (2) faktor besar diklasifikasikan untuk menjelaskan lagi situasi pengaruh tersebut iaitu pengaruh institusi perbankan serta diri sendiri. Pengaruh institusi perbankan seperti kemudahan pinjaman yang disediakan oleh pihak bank kepada pelanggan, ejen-ejen perbankan yang terlatih untuk menarik pelanggan dan sebagainya menjadi faktor utama yang mempengaruhi seseorang untuk melakukan pembiayaan peribadi. Manakala faktor kedua adalah pengaruh diri iaitu tabiat individu yang suka berhutang dan membuat pembiayaan bagi pembayaran hutang yang lain. Justeru dicadangkan beberapa panduan dan langkah pertimbangan dalam pengurusan perbelanjaan harian agar keperluan perbelanjaan mencukupi dan tidak mempengaruhi untuk membuat pembiayaan peribadi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-10-26

How to Cite

Yahya, M. A., Mazlan, M., & Abu Hasan, S. (2020). FAKTOR YANG MENDORONG INDIVIDU UNTUK MEMBUAT PEMBIAYAAN PERIBADI. Jurnal ’Ulwan, 5(1), 126-133. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/674